Senyum-senyum selalu..

Showing posts with label ilovemyfamily. Show all posts
Showing posts with label ilovemyfamily. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Bila memori itu datang kembali

Assalamualaikum..

Siapa tengok cerita Korea " On the way to the Airport "..Yes kita geng!
Memang best cerita tu..
Malam tadi episod 9 kalau tak silap..
Salah satu scene yang buat memori lama datang kembali ialah scene bila mana Sua (Heroin) buat keputusan untuk resign..Entah kenapa terdetik dalam hati saya " No Sua! Dont resign..Flight Attendance kot..sayang la hai kalau resign". 
Then mula lah saya teringat balik saat2 saya ambil keputusan utk resign..

*FLASHBACK*

Masa tu saya PJJ..sy di KL dan husband di Perak.
At first saya ok je even PJJ..one of the reason i resigned pun bukan sebab PJJ tapi sebab KERJA.
Mulanya sy happy dengan kerja sy..environment yg best, kawan2 yang very understanding, happy go lucky, bos yg senang dibawa berbincang..sangat baik..(my ex bos sebaya dan muka dia mcm David Teo ok)..kami satu team handle one Project..sampai lah habis Project tu then kami satu Team kena berpecah masuk Department yg lain. Di situ lah bermulanya segalanya. 

Terlampau banyak tekanan di Department baru tu..Totally different dengan yg sebelumnya. Cakap je kat mana, semua tempat saya menangis sebab stress sangat..kat toilet office, kat surau, kat parking bawah rumah, masa drive back from office. Masa tu saya tengah pregnant and i know its not good for baby kalau kita stress and keep crying all the time kan. 

Start dari tu saya discuss dgn Husband, family and my friends. Alhamdulillah semua faham keadaan saya. Walaupun dalam hati saya rasa sayang nak resign. Masa tu memang tiap kali nak buat Resign Letter je mesti berbelah bagi. Sampai lah one day saya rasa mcm dah tak boleh nak buat kerja dengan tekanan. Even nak pandang muka orang yang buat saya sakit hati pun saya dah tak boleh pandang dah. Saya msg member forwardkan Resign letter, sy edit2, curi2 print masa staff tengah rehat, then keep crying still fikir nak hantar atau tak. Tapi demi baby dalam perut sy tarik nafas dan teruskan hantar surat tu. Masa tu kebetulan bos ada. So sy pergi dekat dia tunjuk surat. Hilang semua tekanan.

Dalam masa sebulan sebelum resign tu saya teruskan kerja..keluar pagi balik malam. Just imagine masa tu bulan puasa, masuk waktu berbuka sy hanya sempat makan kurma dan minum air. Its all about TARGET! TARGET!
Kesian kat baby dalam perut. Pukul 9 dekat 10 malam baru dapat makan berat. Stress tau!

Dan Alhamdulillah sekarang I'm Happy with my Family and with what I'm doing now..
Memang kita akan rindu nak kerja esp bila kita tengok kawan2 post pasal kerja semua kan. 
Tapi inshaaAllah bila kita REDHA, kita akan juga akan happy dengan life kita. 
Support from husband and family, itu yang paling penting. 

p/s: Sebenarnya tak suka nak ingat balik memori ni esp someone yang buat kita sakit hati kan. just nak share je..  :)


Sunday, October 4, 2015

Kisah Abah nak KFC

Assalamualaikum..

Pernah dgr baca tak kisah seorang anak yang nak makan KFC..Kisah ni saya terbaca kelmarin kat fb..tp nak cri balik dah tak jumpa dah. 

Ceritanya mcm ni, suatu hari si anak beritahu kat abah dia teringin nak makan ayam KFC..then abahnya pun cakap setuju nak belikan. Sedangkan dalam hati Allah je tahu, macam mana nak tunaikan permintaan anaknya itu. Mereka bukan daripada keluarga yang senang. 

Keesokannya, si anak balik dari sekolah dan terus bertanyakan kepada abahnya ayam KFC. Abahnya menghulurkan seketul ayam di dalam plastik. Si anak menolak pada mulanya kerana dia tahu ayam KFC mestilah dalam kotak. Tetapi abahnya memberitahunya yang pada mulanya ayam memang dalam kotak, tapi dah kena hujan kotak dah basah jadi abah letak dalam plastik. 

Si anak terima dan percaya. Rupa-rupanya ayam yang abahnya belikan untuknya bukan lah ayam KFC seperti yang diinginkan tetapi ayam dari pasar malam. Hanya itu yang mampu dibelikan oleh abahnya. Hati abahnya sebak apabila si anak mempelawa untuk makan ayam kfc bersama. Andai anaknya tahu itu bukan ayam KFC bagaimana lah perasaan si anak kan..

Sebak rasanya masa baca kisah ini. Teringat masa saya masih bersekolah, saya juga mengalami situasi yang hampir sama. Bezanya, abah dan mak sendiri yang offer akan bawa makan KFC kalau dapat result baik. saya masih ingat lagi, kalau nak pergi makan KFC kena pergi Teluk Intan. Kami berlima akan pergi naik bas. saya, kakak, adik, mak dan abah.Abah akan hantar kami bergilir2 ke bus stop. Lepas tu abah park motor kat tempat tersorok sikit jauh dari bus top. Masa tu excitednya kami sebab dapat pergi pekan. Yela bukan senang nak pergi pekan. Sekali sebulan pun susah. Kami juga bukan dari keluarga yang senang. 

Masa tu tak terfikir langsung sama ada mak abah ada duit ke tak. Abah hanya kerja kampung mengusahakan kebun kelapa sawit. Tiada langsung terdetik dalam kepala cukup duit ke tak yang ada cuma lah keseronokan sebab dapat pergi pekan makan KFC. 

Macam tu lah kasihnya mak dan ayah kita. Selagi mereka mampu merekan akan berusaha untuk memenuhi kemahuan anak-anak mereka. Kini, giliran kita pula untuk sentiasa memenuhi apa yang mereka perlukan. Ingat kawan-kawan sayangi mereka dan hargai mereka seperti mana mereka menyayangi kita. Rindu mak abah kat kg..

Thursday, August 13, 2015

Finally, kami berkumpul 9 beradik di raya ketiga 2015

Assalamualaikum semua..

Diam tak diam Syawal pun dah nak habis..
Sekejap je masa berlalu kan..
Lepas ni pejam celik pejam celik Eh dah akhir tahun dah!

Ok hari ini nak cerita sikit pasal raya tahun ni since saya tak ada cerita pun pasal raya tahun ni kat blog..mcm busy sangat kan.. :)

Tahun ini Alhamdulillah sy masih berkesempatan untuk beraya dengan orang-orang yang saya sayang especially Mak, Abah, mak dan ayah mertua serta ahli keluarga yang lain..Sy ade 9 orang adik beradik dan setiap tahun memamg susah utk kami berkumpul sekali sebab turn beraya tak sama. Ade yang beraya belah mertua dulu, mcm saya..

Tapi tahun ini, kami sekeluarga dapat berkumpul pada hari raya ketiga. Sebab raya ketiga tu kakak sy bertunang. Jadi kami semua mmg dah pakat raya ketiga semua kena balik la kan..Masa tu sy dpt tgk wajah mak dan abah saya seronok sangat sebab dapat tgk anak menantu cucu-cucu semua berkumpul..Dari pagi sampai malam sentiase riuh rendah. Rumah kembali senyap bila waktu malam je..Ehhh tak juga sebab kejap2 dgr suara budak nangis..hehehe..Qaisara la tu..siape lg..

Waktu tengah ramai-ramai tu mak lah orang yang paling sibuk untk pastikan makan minum, tempat tidur utk kami semua cukup dan selesa.Padahal kami semua tak kisah..mana yang kosong kat situ la boleh tido Malam-malam sebelum tidur mak akan pastikan semua orang dapat bantal dan selimut. Then mak akan pastikan semua bilik atau tmpat tidur ade ubat nyamuk....Kalau yang ada ramai adik beradik mesti tahu situasi macam mane bile ramai-ramai berkumpul kan. Kanak-kanak akan cop tempat tidur depan TV..sbb nak tgk cite sampai ngantuk..yg ade anak kecik mostly akn dpt bilik sebab senang nak nyusukan anak..sampai depan pintu masuk pun bentang toto / tilam utk tido..hehehe..tp kami semua da biase dah situasi camtu..

Esok pagi kena bngun awl sebab nak kemas2..bermula la kecoh kat dapur prepare for breakfast before kanak-kanak riang bangun nak makan..
Yang part sedihnye bila masing-masing berkemas. Mase tu mak abah macam sedih dah. Duduk je sembang-sembang dengan cucu-cucu sebelum balik. Part lg sedih bile dah naik kereta lambai kat mak abah. Dalam hati cakapla kalaula mak abah nak duduk sama-sama kami..

ok..nak sambung tiba-tiba rasa sedih pula teringat mak abah kat kg..
Nanti sy story lg ye.. :)