Senyum-senyum selalu..

Wednesday, November 11, 2015

Cabut gigi ubat mujarab untuk sakit gigi

Assalamualaikum semua..Entry ni panjang tau..

Gigi saya dah tak sakit dah sebab dah CABUT GIGI..
Sebelum saya lupa momen cabut gigi saya nak share dgn semua dulu. Mana tahu ada yang tengah searching pengalaman cabut gigi kan. Saya pun macam tu juga sebelum nak cabut gigi ni. Nak tahu sakit ke tak. Saya sakit gigi dah lama..almost 1 year tahan sakit gigi berlubang. Lepas makan ubat tahan sakit hilang lah sakit gigi tu. Tapi disebabkan saya fully BF anak saya jadi dos ubat yang diberikan tak berapa kuat..

Sampai lah satu hari tu saya tak ingt saya makan apa dan tiba-tiba gigi saya yang berlubang tu pecah sebelah..Dan sakit gigi tu makin menjadi-jadi hingga satu tahap saya menangis dan duduk je kat bilik tak nak sesiapa ganggu. Qaisara terpaksa duduk dengan my hubby kat luar. Masa tu saya memang rasa sakit sangat sampai tak boleh nak layan kerenah Qaisara. Ibu minta maaf ye Qaisara. Ibu terpaksa duduk dalam bilik sebab ibu takut nanti emosi ibu tak stabil dan termarah Qaisara..Dan Qaisara teramat lah memahami. Dia masuk bilik sesekali dan cium saya yang terbaring sambil menangis. Then dia akan keluar. Macam tu lah dia buat beberapa kali. Sangat terharu time tu ok. Nangis lagi..My hubby pun datang tengok saya. Dan dia tahu apa yang saya rasa sebab dia pun sakit gigi juga. Tapi still boleh tahan. Bila dia tengok saya makin teruk terus dia Whatsapp bos dia cakap nak minta cuti sebab nak bawa saya pergi klinik hari Isnin. Masa saya sakit tu hari Jumaat. So ada lg 3 hari kena tahan sakit. 

Sakit-sakit tu kami balik kampung juga. Sebab siang tu dah ok sikit. Then mak saya cakap cuba kumur-kumur dengan air gamat. Dan Alhamdulillah berkesan juga. Sebab air gamat tu masin kan. Lepas berkali-kali kumur sakit berkurang dan saya boleh tido malam tu dengan lena. 

Ok intro panjang sangat kan. Memandangkan dekat Gerik saya tak  tahu ada ke tak klinik gigi doktor perempuan dan melayu >> demand pula tu kan sakit2..so saya dan husband decide utk pergi klinik gigi kat Sg petani. My FIL mmg recommend klinik ni sebab doktor perempuan melayu. Pukul 11 pagi sy pun pergi dengan my hubby. Qaisara kena tinggal dengan atok sebab takut lama kan.

Dalam kereta hubby asyik tanya dah ready belum?sy dengan confident cakap mmg 100% ready. My hubby pun nak buat treatment juga since dah sampai kat klinik kan. Tapi dia dah cakap awal2 x nak cabut. Nak tampal je. Masa kami sampai ada 4 org lg yang tgh tgu turn. So kami tunggu2 bila nama husband kena panggil saya pun ikut masuk sekali. Doktor Arzleen sangat baik dan peramah. siap say sorry sebab kena tgu lama. Then dia check my hubby cakap ada yang kena cabut dan tampal. Then dia tanya kat my hubby nak buat yg mane. Tetibe my hubby ckp nak cuci gigi dan cabut. Ohh terkejutnya saya tadi kata tak nak cabut.. :) Bila tengok mula la jantung dup dap dup dap. Tapi my hubby steady je mcm x de rasa sakit pun.

It's my turn! Doktor check dan suggest utk buat rawatan akar atau cabut. Tapi saya trus cakap nak cabut sebab x nak rasa sakit dah. Mula-mula doktor sapu mcm ubat bius. Rasa berangin dan pedas. leps tu baru cucuk. Kali pertama cucuk kat gugi memang tak rasa apa. Just ikut doktor cakap tarik nafas lepas tarik nafas lepas. Then kali kedua cucuk dekat lelangit memang doktor dah pesan cakap akan rasa sakit sikiiiit je. Still mcm yg first cucuk ikut je dia cakap tarik nafas lepas tarik nafas lepas. Memang terasa ada jarum cucuk kat lelangit tapi tak sakit pun. Rasa mcm kena gigit semut je. Then bila ubat kebas dah jalan doktor test cucuk gusi dengan alat dia yang tajam tu. Memang tak rasa ape dah. Dalam hati saya baca doa Nabi Yunus tu. Tetiba masa doktor nak tarik gigi sy yang pecah tu prakkk gigi saya trus pecah semua. Terkejut dengar bunyi kuat kot. Doktor cakap gigi pecah lagi susah nak tarik tau. Masa tu saya dah cuak dah. Doktor cuba lagi kali kedua. Still tak berjaya. Kali ketiga baru berjaya. Serius tak rasa langsung masa gigi kena cabut tu. Rasa kena tolak2 tu biasala kan. Doktor terus suruh gigit kapas dan pesan makan lepas 1 hour makan dan minum yang sejuk2 sahaja. Ok I like,,hehehe..Doktor bekalkan ubat tahan sakit in case lepas ubat bius habis rasa sakit. 

Lepas 1 hour kami berdua mkn nasi terus tak makan bubur2 dah. Tapi kunyah dengan hati2 dan slow. After 1 hour darah dah nak stop dah. Saya kumur2 dengan air ais. Bila ubat bius dah hilang memang akan rasa berdenyut2..tapi still boleh tahan.. so kami x makan ubat tahan sakit. Malam tu dapat tidur lena tanpa rasa sakit. Alhamdulillah. Jadi untuk semua yang tengah sakit gigi tu, kalau rasa dah tak tahan sakit sangat better jumpa doktor ok. 

Kat sini saya share kan alamat klinik yg saya pergi ni..Highly Recommended.

Klinik Pergigian Arzleen Apandi,
45, Tingkat satu,
Jalan Tuanku Haminah 1,
Taman Tuanku Haminah,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Doktor Arzleen sangat baik dan lembut. Trust me!
Dan tak mahal sangat. Kami cabut gigi seorang RM45 sahaja. Ada klinik yang dekat rm60 sebatang gigi kan. 

Lepas ni sy dan husband nak pergi lg untuk tampal pula. Nanti sy share bila dah tampal gigi ye.  Thanks for reading. Jangan lupa follow saya..Nanti sy follow awk balik ok..

Sunday, October 4, 2015

Kisah Abah nak KFC

Assalamualaikum..

Pernah dgr baca tak kisah seorang anak yang nak makan KFC..Kisah ni saya terbaca kelmarin kat fb..tp nak cri balik dah tak jumpa dah. 

Ceritanya mcm ni, suatu hari si anak beritahu kat abah dia teringin nak makan ayam KFC..then abahnya pun cakap setuju nak belikan. Sedangkan dalam hati Allah je tahu, macam mana nak tunaikan permintaan anaknya itu. Mereka bukan daripada keluarga yang senang. 

Keesokannya, si anak balik dari sekolah dan terus bertanyakan kepada abahnya ayam KFC. Abahnya menghulurkan seketul ayam di dalam plastik. Si anak menolak pada mulanya kerana dia tahu ayam KFC mestilah dalam kotak. Tetapi abahnya memberitahunya yang pada mulanya ayam memang dalam kotak, tapi dah kena hujan kotak dah basah jadi abah letak dalam plastik. 

Si anak terima dan percaya. Rupa-rupanya ayam yang abahnya belikan untuknya bukan lah ayam KFC seperti yang diinginkan tetapi ayam dari pasar malam. Hanya itu yang mampu dibelikan oleh abahnya. Hati abahnya sebak apabila si anak mempelawa untuk makan ayam kfc bersama. Andai anaknya tahu itu bukan ayam KFC bagaimana lah perasaan si anak kan..

Sebak rasanya masa baca kisah ini. Teringat masa saya masih bersekolah, saya juga mengalami situasi yang hampir sama. Bezanya, abah dan mak sendiri yang offer akan bawa makan KFC kalau dapat result baik. saya masih ingat lagi, kalau nak pergi makan KFC kena pergi Teluk Intan. Kami berlima akan pergi naik bas. saya, kakak, adik, mak dan abah.Abah akan hantar kami bergilir2 ke bus stop. Lepas tu abah park motor kat tempat tersorok sikit jauh dari bus top. Masa tu excitednya kami sebab dapat pergi pekan. Yela bukan senang nak pergi pekan. Sekali sebulan pun susah. Kami juga bukan dari keluarga yang senang. 

Masa tu tak terfikir langsung sama ada mak abah ada duit ke tak. Abah hanya kerja kampung mengusahakan kebun kelapa sawit. Tiada langsung terdetik dalam kepala cukup duit ke tak yang ada cuma lah keseronokan sebab dapat pergi pekan makan KFC. 

Macam tu lah kasihnya mak dan ayah kita. Selagi mereka mampu merekan akan berusaha untuk memenuhi kemahuan anak-anak mereka. Kini, giliran kita pula untuk sentiasa memenuhi apa yang mereka perlukan. Ingat kawan-kawan sayangi mereka dan hargai mereka seperti mana mereka menyayangi kita. Rindu mak abah kat kg..

Friday, October 2, 2015

Surirumah sepenuh masa..Redhakah aku?

Assalamualaikum semua..



22sept yang lepas genap 2 tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa. 
Kenapa tajuk entry Redhakah aku?

Beberapa hari yang lepas tiba-tiba muncul suatu perasaan untuk mengenang kembali saat-saat saya bekerja. 
Saya buka kembali online banking SCB yang mana sehingga sekarang sudah 2 tahun saya tak pernah lagi menggunakan kad ATM tersebut. Yela sebaik sahaja berhenti kerja semua simpanan di bank tersebut saya pindahkan ke bank yang lain memandangkan susah nak cari ATM SCB. Username dan password juga saya hampir lupa. Dengan 3 kali percubaan akhirnya saya berjaya. Kot2 lah kan ada payment yang lepas tertunggak dan tetibe ade dalam acc kan..hehe..tapi malangnya x de pun..harapan je tu..

Sebelum itu kat FB sekarang kadang2 tu akan post balik entry kite yang lepas kan..dan saya terpandang pula entry last day saya dgn kawan-kawan bergambar dekat office. Sebak pula rasa time tu. Masa tu saya tengah mengandungkan Qaisara 7 bulan. Time tengok tu mula lah teringat balik kerja kat situ. Dan juga teringat sebab utama saya berhenti kerja. 

Terdetik di dalan hati saya kenapa saya boleh terkenangkan semua itu. Seakan-akan saya tidak redha menjadi surirumah. Tetapi tidak sebenarnya. Saya hanya rindukan kawan-kawan dan suasana bekerja. 3 tahun bekerja tak mungkin saya boleh lupakan. 

2 tahun menjadi surirumah banyak mengubah saya. Daripada seorang yang tak tahu masak kini saya dah tahu memasak. Bolehlah dari tak ade kan.. :)
Saya dapat tengok perkembangan Qaisara dari kcil sehingga sekarang. Mugkin ramai kan ibu-ibu yang mengidamkan detik2 mcm ni. Tengok anak belajar meniarap, merangkak, berjalan dan bercakap.Semua depan mata kita. Dan Alhamdulillah saya terpilih untuk melihat setiap perkembangan tersebut.

Saya kini menjalankan perniagaan online. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Apa yang penting semangat dan usaha untuk berjaya. Mungkin ada yang berkata kepada saya apa gunanya ada ijazah tapi berniaga online je. Semua itu tak salah. Mungkin sekarang saya masih belum ada kesempatan utuk menmpraktikkn apa yang telah saya pelajari. Tetapi di masa akan datang kita tak tahu kan. 

Untuk semua surirumah muda seperti saya, ikhlaskan hati, syukurlah selalu. Redha, dah taat kepada suami. InshaAlah, kalian akan menemui kebahagiaan dan pasti ada rezeki untuk anda. 

Sunday, August 23, 2015

RESTOCK Tudung Dua Muka Cotton @ Instant shawl dua muka cotton

Assalamualaikum semua..

Instant shawl 2 muka dah restock lg..
kali ni color pun gojes2 tau..
so ape tunggu lg..jom pakat order ngan sy..
sy jual murah2 je.. :)


Tudung dua muka 
Material cotton
Labuh size M
Harga : RM 25 sem / RM28 ss
harga dah termasuk postage..

Kat bawah ni gambar color tudung yang clear sikit..
sebarang pertanyaan blh SMS / Whatsapp sy 0196187304..
utk fast reply whatsapp sy ye..
blh less lg ni.. :)








Wednesday, August 19, 2015

Kisah Qaisara dan oreo

Assalamualaikum semua..

Mlm ni Qaisara tidur awl jadi ibunye dpt lah online..
Mayb sebab malam ni tak dapat nak tgk cartoon sbb awl2 lagi abah dah cop depan tv nak tgk bola..makanye tidur awal la si kecik ni..

ok..back to tajuk entry ni Qaisara dan Oreo..
si kecik ni sekarang dah pandai kalau pergi kedai dah tak boleh duduk diam..nak lepas je..kalau dulu ikut je ibu pergi pilih ikan..sekarang nampak je ibu nak pilih ikan terus tarik tgn ibu nak pergi tempat lain..jdnye ptg td nak elak drpd dia menangis sy suruh abhye bawa round freshmart tu sambil sy pilih ikan dengan tenang.. :)

Tengh beratur nak timbang ikan tu nampak la Qaisara dengn abahnye dtg sambil pegng oreo..yg besar pula tu..mcm org da besar..sy senyum je dr jauh..Qaisara dtg dan bercakap dlm bahase francis yg die sorang je faham bgtau yg die ambik oreo..sy pun ok kan je..pndai dah die ambil ape yg berkenan di hati..

Dan mlm ni bile da bosan..sbb tak dapat tgk cartoon qaisara request nak tgk video kt phone sy..ok sy pasangkn video nursery songs..antara lagu fav qaisara Rain-rain go away,head shoulder knees and toes,5 litle monkeys jumping on the bed..sampai sy pun boleh hafal lagu tu..sambil tgk video makan oreo yg beli td..

Amboi anak ibu ni..seronok tgk gelagat kamu.

ok..tu je kisahnye..
selamat mlm semua..

p/s : tudung hoodie dan 2 muka ade stok lg..whatsapp sy ye kalau berminat..❤❤

Thursday, August 13, 2015

Finally, kami berkumpul 9 beradik di raya ketiga 2015

Assalamualaikum semua..

Diam tak diam Syawal pun dah nak habis..
Sekejap je masa berlalu kan..
Lepas ni pejam celik pejam celik Eh dah akhir tahun dah!

Ok hari ini nak cerita sikit pasal raya tahun ni since saya tak ada cerita pun pasal raya tahun ni kat blog..mcm busy sangat kan.. :)

Tahun ini Alhamdulillah sy masih berkesempatan untuk beraya dengan orang-orang yang saya sayang especially Mak, Abah, mak dan ayah mertua serta ahli keluarga yang lain..Sy ade 9 orang adik beradik dan setiap tahun memamg susah utk kami berkumpul sekali sebab turn beraya tak sama. Ade yang beraya belah mertua dulu, mcm saya..

Tapi tahun ini, kami sekeluarga dapat berkumpul pada hari raya ketiga. Sebab raya ketiga tu kakak sy bertunang. Jadi kami semua mmg dah pakat raya ketiga semua kena balik la kan..Masa tu sy dpt tgk wajah mak dan abah saya seronok sangat sebab dapat tgk anak menantu cucu-cucu semua berkumpul..Dari pagi sampai malam sentiase riuh rendah. Rumah kembali senyap bila waktu malam je..Ehhh tak juga sebab kejap2 dgr suara budak nangis..hehehe..Qaisara la tu..siape lg..

Waktu tengah ramai-ramai tu mak lah orang yang paling sibuk untk pastikan makan minum, tempat tidur utk kami semua cukup dan selesa.Padahal kami semua tak kisah..mana yang kosong kat situ la boleh tido Malam-malam sebelum tidur mak akan pastikan semua orang dapat bantal dan selimut. Then mak akan pastikan semua bilik atau tmpat tidur ade ubat nyamuk....Kalau yang ada ramai adik beradik mesti tahu situasi macam mane bile ramai-ramai berkumpul kan. Kanak-kanak akan cop tempat tidur depan TV..sbb nak tgk cite sampai ngantuk..yg ade anak kecik mostly akn dpt bilik sebab senang nak nyusukan anak..sampai depan pintu masuk pun bentang toto / tilam utk tido..hehehe..tp kami semua da biase dah situasi camtu..

Esok pagi kena bngun awl sebab nak kemas2..bermula la kecoh kat dapur prepare for breakfast before kanak-kanak riang bangun nak makan..
Yang part sedihnye bila masing-masing berkemas. Mase tu mak abah macam sedih dah. Duduk je sembang-sembang dengan cucu-cucu sebelum balik. Part lg sedih bile dah naik kereta lambai kat mak abah. Dalam hati cakapla kalaula mak abah nak duduk sama-sama kami..

ok..nak sambung tiba-tiba rasa sedih pula teringat mak abah kat kg..
Nanti sy story lg ye.. :)

Update Instant Hoodie 13Aug2015

Assalamualaikum semua...

Utk reader yg still searching for hoodie shawl jom tgk kat sini..kot2 ade color yang minat kan.. :)

Price : RM24sm / RM28ss
price dah termasuk postage
Material : Lycra
Labuh boleh adjust
Ada soft awning yang senang dibentuk..

blh sms / whatsapp sy 0196187304 ..






Buat penggemar Instant shawl dua muka atau tudung dua muka

Assalamualaikum semua..

Ade tak reader yang tengah cari tudung or shawl dua muka?
Jom tgk kat sini..kot ade yang berkenan ke kan..
Sy nak buat jualan penghabisan stok ni..



Yang ni instant Shawl dua muka 2 tone..
Material : Moscrepe..
Labuh boleh adjust sampai size L..
RM25sm / RM28ss
Price include postage
color yang available No. 5,6,7,9
cepat2..whatsapp sy Lin 0196187304 



Ok yang ni pula tudung dua muka yg biasa..
Material : Cotton..
tinggal color Oren je..
yang lain dah sold out..
akhir bulan ni baru RESTOCK..
Price : RM25 termasuk postage..
whatsapp sy 0196187304..

Monday, June 22, 2015

UPDATE STOCK INSTANT SHAWL HOODIE

Assalamualaikum semua..

Stock shawl hoodie dah nak habis ni..
kalau ade yang berminat cepat2 order ye..

jom tgk color ape je lg  yg still avalable lg ye..

sy jual murah2 je sbb nak habiskan stok ni..

RM24sm /RM26ss sehelai free postage..

Utk yg baru nak try tudung hoodie ni, tudung ni kain jenis lycra..lembut dan ade soft awning..so tak melekap kat dahi..
Labuh boleh adjust depan dan belakang..
Cara pakai pula just sarung je dan tarik sikit ke atas untuk jadikan hoodie..
yg berminat boleh sms/whatsapp sy 0196187304..sy akan send gambar cara pakai tudung ni sekali ye.. :)



Friday, June 12, 2015

Kerjaya ku sebagai seorang surirumah

Assalamualaikum semua..

Baru hari ni dapat bercerita dalam blog ni..dah 3 hari my hubby ke KL ade meeting jadi sy dan Qaisara balik kg..bukan ape rase selamat sikit kan dok ramai2 dr duduk berdua dengan si kecik ni :) Alasan je tu..sbnrnye penakut..

ok la balik pada tajuk..yes sy seorang surirumah dh nak masuk 2 tahun dah..but tipulah kalau sy cakap sy rasa dah tak nak kerja dah..perasaan tu still ada tp andai kata sy terus jd surirumah sy redha..Asalkan sy tak berjauhan dengan my hubby dan my lil princess Qaisara..sy dah merasa pjj..sy kat KL hubby kat Gerik..ok mungkin ade yg ckp org lain boleh je bertahan pjj kan..mungkin sy tak termasuk dlm golongn tersebut..

Kalau dulu sy dn suami pernah berbincang yg sy akan bekerja semula seleps Qaisara umur setahun..tp sampai sekarang qaisara dan1 tahun 6 bulan sy msih seorang surirumah.perasaan utk bekerja semula mmg ada tp bila tgk qaisara automatik hilang rase tu..24/7 sy bersama Qaisara dn belum pernah berpisah walau sejam pun..dan sebab itu niat utk bekerja sy tangguhkan dulu..

walaupun tiap kali tgk post2 kawan kat fb yg seronok dgn kerjaya masing-masing ade rasa cemburu tp cepat2 sy ingtkan ini rezeki masing2..sy juga blh berjaya..insyaAllah..

Alhamulillah sy sekarang dah stat bisnes online..atas dorongan suami dan family..sy bermula dr bawah..beljar sikit2..semoga suatu hari nanti sy kn berjaya mcm pniaga2 online yg lain..yg penting niat kite..jgn tanamkan niat berniaga utk untung tp niat utk membantu org lain..seronok rupenye berniga ni..mcm2 cust kite kenal..ade yang senang nk deal..ade yg complicated sikit..tp semuanye under control..dan sejujurnya sy seronok dpt berniaga ni..sekurang2 ny sy dpt sentiasa ade dgn qaisara..

kepada mereka yg bru atau plan nk bisnes online tnamkan niat yg btl dan jgn putus asa ok..doa banyak2 minta Allah permudahkan semuanya..

p/s jgn lupe order instang shawl hoodie dn tudung 2 muka kat saya ye.. :)

Saturday, June 6, 2015

Review Mat Periuk Cafe

Assalamualaikum semua..

Ade sesiape yang belum pergi Mat Periuk Cafe kat ipoh?
meh sy nak review sikit..

Kedai makan ni mmg famous kat ipoh..kat JJCM pun da masuk..rasenye more than one..sbb mmg best..sy n family pun mmg akn makan kat sini utk dinner..
menu dia ade western,nasi goreng semua ade la..tp kami da try western food diorg mmg terbaik..price pun ok..

kedai makan ni mmg ramai orang..tp jgn risau ade tempat menunggu kalau seat penuh..servis pun cepat..jdnye kalau sesiape yg belum pergi lg ape tunggu lg..serbu cepat.. :)

kalau yg dtg ipoh tak tau nak makan kat mane boleh la pergi Mat Periuk Cafe ye..



Tips tambah selera makan bayi atau anak

Assalamualaikum semua..

Hari ni sy nak share sikit tips yg sy selalu guna untuk buat anak sy makan..Alhamdulillah setakat ni Qaisara suka makan..cuma bab makan ni dia memilih sikit la..dia suka yang simple2 je mcm sup ayam..hari2 sup ayam pun dia ok je..ibu yg kesian sebb takut dia bosan..tp setakat ni mmg menu die byk sup je..sup ayam,sup sayur,sup daging,semua jenis sup dia dah try..tp demi selera anak kite ikutkan je..pernah sekali sy masaakan ayam masak kicap,ayam masak lemak mmg ditutupnye mulut rpat2..

ok antara tips yg selalu guna
 - kenal pasti menu kesukaan anak kite..yg ni kite kena try and error..masak sikit dulu tgk ank suka ke tak..kalau suka then boleh repeat lpas 2 3 ari..
- pastikan anak makan kat meja makan..atau biasekan anak utk mkn di tempat biase..mcm sy dr kecik sampai skrg bile nk mkn je mesti dudukkan dlm baby seat..jdnye baby akan tahu tu time makan..
-sediakan pinggan mangkuk sudu garpu dan cawan khas utk si kecik..bile die tgk mesti dia suka dan tahu yg tu utk dia..
-awal2 suap dulu..lpas nmpk die da mule makan baru bagi die suap sendiri..
- kena puji2 sikit bila anak makan..lepas suap kite ckp la good girl,pandainye..baru semangat die nak makan..hehe..yg ni atok qaisara yg bg tips..
- sambil makan tu kite borak2 ngan baby tanye sedap ke tak..atau buat2 mcm nak nasi die n minta die suap kite pula..
- last sekali kena byk sabar bile melayan anak makan ni..jgn marah2 kalau baby tak nak makn..pujuk elok2 tau..

ok itu je tips utk kali ni..
Qaisara da nak masuk setahun 6 bulan dah..time dia tak nak makan mmg risau..klau msk menu tgh ari die x nk makan..ptg masak lain..msk mknn favorite die..yg pnting pastikan anak kite makan..jom layan gmbr qaisara makan..






Instant shawl Tudung Dua Muka restock lagi

Assalamualaikum semua..

Saya dah restock tudung dua muka..sebelum ni jual utk yg order je..
stok teramat la limited..sebab da ramai yg ambik sebelum sy sempat promote online..Alhamdulillah..

sy jual tudung dua muka cotton je..size M..jdnye tak labuh sangat..kalau nak labuh depan belakang boleh try instant hoodie ye..tudung dua muka yg ni pun labuh juga..jom tgk gmbar contoh dan color yg available ye..

Details:

Material Cotton
Labuh mcm size M
Price: RM25 termasuk postage
Tak yah pin langsung sebab kain cotton memang akan terletak terus..
sarung je dua kali..dah siap :)


Ok..ni contoh labuh depan dan belakang..boleh tarik lg kalau nak labuh..tp mcm ni just nice kan.. :)


ni cara pakai tudung dua muka..sarung je dua kali..jangan lilit2..nanti jd makin pendek..


color yg available..kalau nak clear lg jom tgk satu2 ye..


BOOKED


BOOKED


SOLD OUT


AVAILABLE


AVAILABLE


AVAILABLE


AVAILABLE


SOLD OUT

cepat2..whatsapp atau sms sy Lin 0196187304..RM25 sahaje..
kalau nak borong campur dengan hoodie pun boleh tau..
whatsapp sy ok..




Thursday, May 28, 2015

Senarai shopping baju baby online

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni nak cari baju baby yg comel-comel kemain la senang..
beli je online..hari ni buat payment esok lusa eh da sampai..
jimat masa dan tenaga kan..
sekali sekala shopping online ape salahnye kan..and sometimes baju baby yg jual online lagi comel tau..
sampai tak tahu nak beli yang mane..takut terover pula kan..baby yg nak pakai ke or mama yang nak pakai ni? :)

Jom tgk list kedai barang baby online yg sy selalu tgk..

1) http://thebabystore.com.my/
2) http://www.onlinebabywear.com.my/
3) http://shop.holabebe.com.my/
4) http://summerglitz.com.my/

Ok..ni semua antara website yg sy akan tgk selalu..baju2 baby mmg semua cantik2..esp for baby girl..kalau mase bukak tu ade yg berkenan dan ade size..cepat2 la beli..kalau tangguh2..confirm esok cek balik da x de stok dah..menangis la kat situ..lg la kalau tanye kat depa tak restock lg...huwaaaa...T___T..dah byk kali jd kot..maklumla time berkenan tu belum gaji lg kan..bile da gaji alaaaa da x de dah...tu namanye x de rezki kan..

so ape tunggu lg..cepat check kot2 ade yg berkenan di hati.. :)

Tuesday, May 26, 2015

Baju muslimah yang cantik dan selesa

Assalamualaikum semua..

Sebelum tengok pilihan baju muslimah yang cantik..saya nak belanje testimoni customer yang dah beli baju muslimah ni dan alhamdulillah mereka suka..



ok..kan sy dah cakap dah..baju muslimah ni memang selesa..ade size dr XS - 4XL..
Kain cotton 100%..sbb tu selesa..

Kalau ade yang berminat boleh trus SMS / whatsapp sy Lin 0196187304..
harga boleh less lg... :)

Jom2 tgk baju yang cantik2 ni..













Untuk koleksi baju yang lain boleh visit FB page sy Lil_Q Collections atau IG sy mazlinamansor :)


Tudung kanak-kanak yang cantik

Assalamualaikum semua..

Hari ni sy nak promote sikit tudung khas untuk kanak-kanak seawal 1 tahun - 10 tahun..
Ade banyak color yang ceria dan menarik..
sangat selesa..
jom cuci mate tgk color yang ade ye..kalau tak tahu nak pilih warna ape sebab byk sgt color ni boleh minta anak kite yg pilih sendiri ye.. :)

Instant shawl LittleDariena buat si comel..
Color yg cantik dan ceria..
awning lembut..kain lembut dan selesa..
Sarung dan lilit sekali ikut kreativiti..
jom pilih untuk ank-anak kite..


pm/whatsapp 0196187304..










Haa..cantik tak?
Ape tunggu lagi..boleh jadikan instant shawl ni sebagai hadiah untuk si comel juga..
SMS/whatsapp sy 0196187304..