Senyum-senyum selalu..

Tuesday, January 12, 2016

Tudung Dua Muka Cotton

Assalamualaikum semua..

Stok tudung dua muka cotton ada lagi ye..
Sesiapa yang belum try tudung dua muka cotton ni jom PM sy cepat2..




Ok nak share sikit keistimewaan tudung dua muka cotton ni. 

- Kain cotton lembut dan selesa dipakai

- Cara pemakaian yang cepat dan senang sarung 2X 

- Labuh boleh adjust S to M

- Color yang menarik senang nak match dengan banyak baju

Ok ni cara pakai tudung ni


Dan ni contoh labuh 


PRICE : RM18 sahaja tidak termasuk postage

Postage : RM6sem / RM9ss

Untuk pertanyaan dan order boleh whatsapp sy 0196187304



Tudung Dua Muka Ala2 Emma Maembong Tersuka Tanpa Sengaja

Assalamualaikum semua..

Haa hari ni saya nak promote tudung dua muka yang ramai dok minat esp tgk Emma Maembong pakai cantik je kan dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja tu..
Terlajak laris tudung ni. Ada je permintaan tudung Emma ni. 




 Ok..apa yang istimewa sangat tudung ni sampai hari-hari ada je orang dok cari tudung ni?Sebabnya :-

- Cara nak pakainya teramatlah mudah sarung 2x je dah siap..no lilit-lilit..jimat masa dah..

- Labuh dia boleh adjust depan belakang..mcm yang saya jual ni boleh labuh sampai XL..nak pendekkan jadi size M atau L pun boleh..senang cakp free size lah .. :)

- Color2 teramat lah cantik dan senang nak match dengan semua baju. Lagi satu tudung plain ni memang senang nak match dengan baju kan. Yela baju kita selalu bercorak kan.

- Yang ni material LYCRA jadinya tak perlu nak iron. 

Ok jom tengok color tudung ni lebih jelas ye..


DL01 - Navy Blue
DL02 - Brown
DL03 - Elctric Blue
DL04 - Apple Green
DL05 - Purple
DL06 - Yellow
DL07 - Pink
DL08 - Blue Denim




DL09 - Light Grey
DL10 - Army Green
DL11 - Fuschia Pink
DL12 - Lavender
DL13 - Black
DL14 - Peach



DL15 - Bergundy
DL16 - Dark Mangosteen
DL17 - Soft Purple
DL18 - Red Chili
DL19 - Deep Turqoise
DL20 - Hot Pink

Certain color lari sikit sebab faktor cahaya. Boleh refer details color pada code tu ye.

PRICE : RM22 untuk pembelian sehelai sahaja
RM20 untuk pembelian 2 helai hingga 4 helai

Untuk pembelian borong 10 helai RM150 tidak termasuk postage

POSTAGE : RM6sem / RM9ss untuk 1-3 helai
RM9 / RM13 untuk 4-6 helai

Untuk pertanyaan dan order boleh whatsapp sy di 0196187304


Thursday, January 7, 2016

Food Review Jalan-jalan cari makan - EIGHT MILES IPOH

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak review salah satu tempat makan yang famous kat Ipoh. 
Selalunya kami bertiga akan JJCM sekali sebulan lah. Jadinya Hubby akan suruh saya pilih nak makan kat mana. Jadi lepas google saya teringin nak makan kat Eight Miles ni. Kat sini ramai yang cakap pasal Burger Banjir. Boleh dikatakan one of the favourite menu kedai makan ni adalah Burger Banjir. Tapi bila sampai kat situ tak rasa nak makan burger pula then saya dan Hubby decide untuk makan western food.



Ok..ni gambar kat dalam kedai makan ni. Deco dalam dia ok lah simple je..Masa kami sampai baru buka. Orang pun tak ramai lagi. Eight Miles ni stat pukul 6 petang ye. Jangan ada yang datang tengah hari pula. :)

Cerita pasal menu dia pula ye. Macam yang saya cerita tadi ada burger banjir kan. Tapi menu special dia yang lain ada 2. Full Tank Chicken Chop dan Full Tank Lamb Chop. 


Ok yang ni Full Tank Chicken Chop.
Lengkap untuk breakfast,lunch and dinner sekali. Sebab apa saya cakap macam tu sebab  dalam pinggan ni ada :

Patty ( Daging Burger )
Telur
2 sosej
Ayam Chop
Fries
Kacang Panggang


Yang ni pula Full Tank Lamb Chop ada :

Patty ( Daging Burger )
Telur
2 sosej
Lamb
Fries
Kacang Panggang

Untuk menu si kecil pun ada juga. Macam tak adil pula kalau mak abah makan western anak tak makan western kan. Jadinya saya order kan set Full Tank untuk Qaisara.



Untuk Full Tank ni ada Patty, Telur, Fries, Sosej , mix vege.

Memang berbaloi ambik full tank ni. Kenyang sungguh. Tapi make sure kena betul2 lapar. Nampak simple je kan sampai tanya Hubby boleh kenyang ke ni?Tapi rupanya termengah-mengah nak habiskan. Hubby asyik tanya ok ke tak ni? Boleh habis tak sebab dia tengok saya macam dah slow makan. Tapi Alhamdulillah kami dapat habiskan makan. Untuk si kecik tu je kami bungkus sebab Qaisara makan fries dengan sosej je. Jadinya dari membazir kami bawa balik la yang tak habis. 

Dan yang paling kami terkejut total untuk semua yang kami makan termasuk air tak sampai RM50 pun . Berbaloi sungguh kan. Jadinya kalau ada yang  tanya kat mana tempat best nak makan kat Ipoh ni, Eight Miles salah satu tempat yang anda kena cuba. Cuba dulu baru tahu kan. :)



Monday, January 4, 2016

Nur Sofea Qaisara 2 Tahun

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru semua.  :)
Semoga tahun ni saya rajin menulis dan berceloteh di blog ni. 
First entry untuk tahun 2016 ni saya nak cerita tentang birthday Qaisara. 10 - 12 - 2015 yg lepas genap lah anak ibu 2 tahun. Alhamdulillah saya berpeluang untuk menyusukan Qaisara selama 2 tahun sehingga lah sekarang. Nanti saya cerita tentang percubaan untuk wean off ye. 

Disebabkan Abah Qaisara tersangat lah busy yela dah akhir tahun kan memang busy sikit jadi kami celebrate birthday Qaisara simple je. Walaupun dalam kepala ni macam-macam saya nak buat untuk celebrate birthday Qaisara. Tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya kan. Satu-satu tarikh yang kami plan terpaksa kami batalkan atas sebab2 tertentu. Dan akhirnya sampai hujung bulan 12 masih belum ada tarikh untuk buat majlis. Sedih juga rasanya. Nasib baik Qaisara kecil lagi dan tak tahu lagi tentang majlis2 ni kan.

Akhirnya kami celebrate birthday si kecik ni masa kami balik kampung abah Sara di Sungai Petani. Atok Sara belanja KFC kami beli kek. Malam tu Qaisara tersangat lah excited bila tengok ada kek besar depan dia siap lilin lagi kan. Dengan perasaan terujanya Qaisara tiup berulang2. Saat tu rasa bersalah sangat sebab tak buat majlis seperti yang dirancang. Sebab ternyata Qaisara sangat seronok masa potong kek tu. Then cakap dekat hubby next year inshaAllah kita celebrate birthday Qaisara panggil semua kanak-kanak. Alamak gambar tak transfer lagi pula. Tak dapat nak include dalam entry ni.

Apa pun anak ibu dan abah sekarang dah besar. Ibu dan Abah sayang Qaisara sangat2.
Semoga menjadi anak yang solehah. hormat orang tua, jadi seorang yang pandai berdikari bila dewasa kelak, Belajar rajin-rajin bila dah sekolah nanti. Rajin2 tolong ibu kat dapur ye. :)
Happy birthday sayang!