Senyum-senyum selalu..

Sunday, August 24, 2014

Raya bersama si kecil yg comel

Assalamualaikum semua..
Kalau tahun lepas waktu hari raya baby dalam perut lg..raya tahun ni alhamdulillah saya dan suami beraya bertiga bersama si kecil baby Qaisara..
Di pagi raya bila tengok qaisara pakai baju kurung rasa happy sangat..baju kurung tu kami belikan last minit sbb baju nak tempah dah x sempat..jadinya kena jahit sikit labuhnya..tp x pe boleh pakai lama sikit kan..

Pagi raya lepas bermaaf-maafan kami buat sesi photography..bak kata adik ipar sy itu lah sesi photogtaphy yg memenatkan..hehe..mana tak nya kena alih kan kerusi lg..angkat pasu bunga..dgn kerenah sara nya..nak acah dia bagi gelak..dan hasil nya taraaaa..gambar saya,suami dan Qaisara..





Baby Qaisara Demam

Assalamualaikum semua..

Lamanye tak menulis kat blog ni..bukan tak de cerita..Cuma susah nak dapat connection kat Gerik tu jadinya nak bercerita tu susah sikit..

So hari ni nak cerita pasal baby Qaisara. Alhamdulillah Sara dah masuk 8 bulan 14 hari ni..Saya dan suami bersyukur sangat sebab diberi kesempatan untuk melihat dan membesarkan anugerah dan amanah Allah ini. Sara seorang anak yang baik. Tak banyak ragam kecuali kalau Sara tak sihat.
Baru-baru ni 2 hari sebelum genap Sara masuk 8 bulan tiba-tiba Sara demam panas. Kebetulan masa tu kami sekeluarga beraya di kampung sebelah suami saya di Segamat. Saya start perasan Sara demam pukul 2 pagi. Masa tu tiba-tiba Sara menangis kuat sampai semua orang bangun. Saya ingatkan dia terjaga dari tidur. Saya susukan dia dan kemudian dia menangis sampailah my MIL cakap masukkan dalam buaian. Masa buai tu la saya dapat rasakan tangan dan kaki Sara panas. Mujurlah dalam beg Sara ada cool fever. Saya tampalkan cool fever kat dahinya. Pagi tu Sara merengek2, mungkin dia rasa x selesa. Suhu badan  masa tu 36.8… Tapi kami decide untuk bawa ke klinik juga. Yela baby kalau demam bahaya tau kalau biarkan. Masa check di klinik suhu Sara dah naik 37.5, then doc bagitahu yang Sara Cuma demam biasa tapi in case Sara demam lebih 3 hari kena bawa ke klinik untuk ujian darah. Masa tu saya risau sangat.

Sara jadi sensitive masa demam. Tapi Sara tetap aktif. Sara masih mampu tersenyum dan ketawa. Cuma dia akan menangis bila dia batuk dan selsemanya datang. Masa tu saya berdoa semoga Allah pindahkan sakit Sara pada saya. Tak sampai hati nak tengok Sara demam. Sara sangat tak suka pada ubat. Menangis-nangis tak nak makan ubat. Lagipun Sara kan baby lagi, tak sampai hati sebenarnya nak bagi makan ubat ni.
Bila Sara rasa badan dia panas dia akan merengek. Masa tu saya peluk Sara dan cakap Sara kena kuat ye sayang. Ibu janji akan jaga Sara. Ibu sanggup ambil sakit Sara tu. Sampailah Sara tertidur. Saya sentiasa monitor suhu badan Sara. Waktu tu suhunya turun naik tapi Alhamdulillah tak tinggi. Cuma 36.2, 36.5..
Tapi selagi Sara tak sembuh sepenuhnya saya tetap risau. Kami buat conclusion yang Sara demam mungkin sebab kepenatan jauh perjalnan dari Gerik ke Segamat. Kita yang dewasa pun letih..inikan pula Sara yang masih baby. Perbezaan yang saya nampak masa Sara demam ialah Sara akan menangis dengan kuat kalau terjaga dari tidur. Kena pujuk lama baru dia akan tidur balik. Kalau sihat Sara tak kan menangis macam tu. Then kalau bangun tidur dia akan tersenyum tapi waktu tengah demam tu, dia merengek bila bangun tidur.

Malam kedua Sara demam waktu tu lebih kurang pukul 12 tengah malam, Sara dah tidur pukul 9 camtu, tiba-tiba Sara menangis tak henti-henti. Semua orang dah cuba pujuk tapi Sara tak diam juga. Akhirnya kami bawa ke Hospital Tangkak. Sampai kat hospital Sara diam pula. Masa tu cek suhu still 36.0..akhirnya Sara tidur dengan lena malam tu selepas penat menangis.

Pagi tu saya terlalu berharap Sara akan sihat seperti biasa, tetapi badan Sara masih ada panas sikit. Walaupun Sara tersenyum pagi tu tapi Sara masih merengek apabila selsema. Dan kami bergerak balik ke Gerik. Tiba-tiba saya rasa pening kepala dan rasa nak muntah. Gerak je dari Muar saya terus terlelap. Mujur lah Sara juga tidur. Sampai di Sungkai saya rasa dah tak larat sangat dan minta Suami berhenti di mana-mana sebab dah nak termuntah sangat. Selepas tu masih lagi rasa tak ok, saya hilang selera makan sehinggalah sampai di Gerik saya masih lagi muntah-muntah.
Dalam hati saya berkata mungkin Allah nak pindahkan sakit Sara pada saya. Saya terima. Malam tu saya dapat tidur dengan lena walaupun pening kepala. Begitu juga dengan Sara. Dan Alhamdulillah pagi itu Sara bangun dengan senyuman dan badannya juga dah tak panas.

Kami bawa juga ke klinik untuk pengesahan doctor yang Sara sudah betul2 sihat. Dan doctor mengesahkan yang Sara sudah baik.
Mungkin macam tu lah yang ibu-ibu kita rasa kan bila anak-anak tak sihat. Rasa risau dan takut. Dan saya dah dapat rasakan semua tu. Buat ibu-ibu semua, pastikan kita sentiasa dengan anak kita sewaktu anak kita tak sihat. 

Kat sini saya nak share ape yang saya buat masa anak saya demam:

-           Monitor suhu baby setiap 2 jam sampai suhu dia dah turun.
-           Bila panas lapkan sikit dengan tuala basah
-          Tampal cool fever
-           Jerlum badan dengan daun bunga raya (ramas daun bunga raya sampai lender dia keluar)
-           Mandikan dengan air daun bunga raya yang dirimas tadi tu
-           Bagi baby makan dan minum susu dan air masak secukupnya supaya baby ada tenaga
-          Sentiasa bersama baby dan bagi semangat dekat dia.

Sekian.