Senyum-senyum selalu..

Wednesday, November 11, 2015

Cabut gigi ubat mujarab untuk sakit gigi

Assalamualaikum semua..Entry ni panjang tau..

Gigi saya dah tak sakit dah sebab dah CABUT GIGI..
Sebelum saya lupa momen cabut gigi saya nak share dgn semua dulu. Mana tahu ada yang tengah searching pengalaman cabut gigi kan. Saya pun macam tu juga sebelum nak cabut gigi ni. Nak tahu sakit ke tak. Saya sakit gigi dah lama..almost 1 year tahan sakit gigi berlubang. Lepas makan ubat tahan sakit hilang lah sakit gigi tu. Tapi disebabkan saya fully BF anak saya jadi dos ubat yang diberikan tak berapa kuat..

Sampai lah satu hari tu saya tak ingt saya makan apa dan tiba-tiba gigi saya yang berlubang tu pecah sebelah..Dan sakit gigi tu makin menjadi-jadi hingga satu tahap saya menangis dan duduk je kat bilik tak nak sesiapa ganggu. Qaisara terpaksa duduk dengan my hubby kat luar. Masa tu saya memang rasa sakit sangat sampai tak boleh nak layan kerenah Qaisara. Ibu minta maaf ye Qaisara. Ibu terpaksa duduk dalam bilik sebab ibu takut nanti emosi ibu tak stabil dan termarah Qaisara..Dan Qaisara teramat lah memahami. Dia masuk bilik sesekali dan cium saya yang terbaring sambil menangis. Then dia akan keluar. Macam tu lah dia buat beberapa kali. Sangat terharu time tu ok. Nangis lagi..My hubby pun datang tengok saya. Dan dia tahu apa yang saya rasa sebab dia pun sakit gigi juga. Tapi still boleh tahan. Bila dia tengok saya makin teruk terus dia Whatsapp bos dia cakap nak minta cuti sebab nak bawa saya pergi klinik hari Isnin. Masa saya sakit tu hari Jumaat. So ada lg 3 hari kena tahan sakit. 

Sakit-sakit tu kami balik kampung juga. Sebab siang tu dah ok sikit. Then mak saya cakap cuba kumur-kumur dengan air gamat. Dan Alhamdulillah berkesan juga. Sebab air gamat tu masin kan. Lepas berkali-kali kumur sakit berkurang dan saya boleh tido malam tu dengan lena. 

Ok intro panjang sangat kan. Memandangkan dekat Gerik saya tak  tahu ada ke tak klinik gigi doktor perempuan dan melayu >> demand pula tu kan sakit2..so saya dan husband decide utk pergi klinik gigi kat Sg petani. My FIL mmg recommend klinik ni sebab doktor perempuan melayu. Pukul 11 pagi sy pun pergi dengan my hubby. Qaisara kena tinggal dengan atok sebab takut lama kan.

Dalam kereta hubby asyik tanya dah ready belum?sy dengan confident cakap mmg 100% ready. My hubby pun nak buat treatment juga since dah sampai kat klinik kan. Tapi dia dah cakap awal2 x nak cabut. Nak tampal je. Masa kami sampai ada 4 org lg yang tgh tgu turn. So kami tunggu2 bila nama husband kena panggil saya pun ikut masuk sekali. Doktor Arzleen sangat baik dan peramah. siap say sorry sebab kena tgu lama. Then dia check my hubby cakap ada yang kena cabut dan tampal. Then dia tanya kat my hubby nak buat yg mane. Tetibe my hubby ckp nak cuci gigi dan cabut. Ohh terkejutnya saya tadi kata tak nak cabut.. :) Bila tengok mula la jantung dup dap dup dap. Tapi my hubby steady je mcm x de rasa sakit pun.

It's my turn! Doktor check dan suggest utk buat rawatan akar atau cabut. Tapi saya trus cakap nak cabut sebab x nak rasa sakit dah. Mula-mula doktor sapu mcm ubat bius. Rasa berangin dan pedas. leps tu baru cucuk. Kali pertama cucuk kat gugi memang tak rasa apa. Just ikut doktor cakap tarik nafas lepas tarik nafas lepas. Then kali kedua cucuk dekat lelangit memang doktor dah pesan cakap akan rasa sakit sikiiiit je. Still mcm yg first cucuk ikut je dia cakap tarik nafas lepas tarik nafas lepas. Memang terasa ada jarum cucuk kat lelangit tapi tak sakit pun. Rasa mcm kena gigit semut je. Then bila ubat kebas dah jalan doktor test cucuk gusi dengan alat dia yang tajam tu. Memang tak rasa ape dah. Dalam hati saya baca doa Nabi Yunus tu. Tetiba masa doktor nak tarik gigi sy yang pecah tu prakkk gigi saya trus pecah semua. Terkejut dengar bunyi kuat kot. Doktor cakap gigi pecah lagi susah nak tarik tau. Masa tu saya dah cuak dah. Doktor cuba lagi kali kedua. Still tak berjaya. Kali ketiga baru berjaya. Serius tak rasa langsung masa gigi kena cabut tu. Rasa kena tolak2 tu biasala kan. Doktor terus suruh gigit kapas dan pesan makan lepas 1 hour makan dan minum yang sejuk2 sahaja. Ok I like,,hehehe..Doktor bekalkan ubat tahan sakit in case lepas ubat bius habis rasa sakit. 

Lepas 1 hour kami berdua mkn nasi terus tak makan bubur2 dah. Tapi kunyah dengan hati2 dan slow. After 1 hour darah dah nak stop dah. Saya kumur2 dengan air ais. Bila ubat bius dah hilang memang akan rasa berdenyut2..tapi still boleh tahan.. so kami x makan ubat tahan sakit. Malam tu dapat tidur lena tanpa rasa sakit. Alhamdulillah. Jadi untuk semua yang tengah sakit gigi tu, kalau rasa dah tak tahan sakit sangat better jumpa doktor ok. 

Kat sini saya share kan alamat klinik yg saya pergi ni..Highly Recommended.

Klinik Pergigian Arzleen Apandi,
45, Tingkat satu,
Jalan Tuanku Haminah 1,
Taman Tuanku Haminah,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Doktor Arzleen sangat baik dan lembut. Trust me!
Dan tak mahal sangat. Kami cabut gigi seorang RM45 sahaja. Ada klinik yang dekat rm60 sebatang gigi kan. 

Lepas ni sy dan husband nak pergi lg untuk tampal pula. Nanti sy share bila dah tampal gigi ye.  Thanks for reading. Jangan lupa follow saya..Nanti sy follow awk balik ok..