Senyum-senyum selalu..

Sunday, August 24, 2014

Raya bersama si kecil yg comel

Assalamualaikum semua..
Kalau tahun lepas waktu hari raya baby dalam perut lg..raya tahun ni alhamdulillah saya dan suami beraya bertiga bersama si kecil baby Qaisara..
Di pagi raya bila tengok qaisara pakai baju kurung rasa happy sangat..baju kurung tu kami belikan last minit sbb baju nak tempah dah x sempat..jadinya kena jahit sikit labuhnya..tp x pe boleh pakai lama sikit kan..

Pagi raya lepas bermaaf-maafan kami buat sesi photography..bak kata adik ipar sy itu lah sesi photogtaphy yg memenatkan..hehe..mana tak nya kena alih kan kerusi lg..angkat pasu bunga..dgn kerenah sara nya..nak acah dia bagi gelak..dan hasil nya taraaaa..gambar saya,suami dan Qaisara..





Baby Qaisara Demam

Assalamualaikum semua..

Lamanye tak menulis kat blog ni..bukan tak de cerita..Cuma susah nak dapat connection kat Gerik tu jadinya nak bercerita tu susah sikit..

So hari ni nak cerita pasal baby Qaisara. Alhamdulillah Sara dah masuk 8 bulan 14 hari ni..Saya dan suami bersyukur sangat sebab diberi kesempatan untuk melihat dan membesarkan anugerah dan amanah Allah ini. Sara seorang anak yang baik. Tak banyak ragam kecuali kalau Sara tak sihat.
Baru-baru ni 2 hari sebelum genap Sara masuk 8 bulan tiba-tiba Sara demam panas. Kebetulan masa tu kami sekeluarga beraya di kampung sebelah suami saya di Segamat. Saya start perasan Sara demam pukul 2 pagi. Masa tu tiba-tiba Sara menangis kuat sampai semua orang bangun. Saya ingatkan dia terjaga dari tidur. Saya susukan dia dan kemudian dia menangis sampailah my MIL cakap masukkan dalam buaian. Masa buai tu la saya dapat rasakan tangan dan kaki Sara panas. Mujurlah dalam beg Sara ada cool fever. Saya tampalkan cool fever kat dahinya. Pagi tu Sara merengek2, mungkin dia rasa x selesa. Suhu badan  masa tu 36.8… Tapi kami decide untuk bawa ke klinik juga. Yela baby kalau demam bahaya tau kalau biarkan. Masa check di klinik suhu Sara dah naik 37.5, then doc bagitahu yang Sara Cuma demam biasa tapi in case Sara demam lebih 3 hari kena bawa ke klinik untuk ujian darah. Masa tu saya risau sangat.

Sara jadi sensitive masa demam. Tapi Sara tetap aktif. Sara masih mampu tersenyum dan ketawa. Cuma dia akan menangis bila dia batuk dan selsemanya datang. Masa tu saya berdoa semoga Allah pindahkan sakit Sara pada saya. Tak sampai hati nak tengok Sara demam. Sara sangat tak suka pada ubat. Menangis-nangis tak nak makan ubat. Lagipun Sara kan baby lagi, tak sampai hati sebenarnya nak bagi makan ubat ni.
Bila Sara rasa badan dia panas dia akan merengek. Masa tu saya peluk Sara dan cakap Sara kena kuat ye sayang. Ibu janji akan jaga Sara. Ibu sanggup ambil sakit Sara tu. Sampailah Sara tertidur. Saya sentiasa monitor suhu badan Sara. Waktu tu suhunya turun naik tapi Alhamdulillah tak tinggi. Cuma 36.2, 36.5..
Tapi selagi Sara tak sembuh sepenuhnya saya tetap risau. Kami buat conclusion yang Sara demam mungkin sebab kepenatan jauh perjalnan dari Gerik ke Segamat. Kita yang dewasa pun letih..inikan pula Sara yang masih baby. Perbezaan yang saya nampak masa Sara demam ialah Sara akan menangis dengan kuat kalau terjaga dari tidur. Kena pujuk lama baru dia akan tidur balik. Kalau sihat Sara tak kan menangis macam tu. Then kalau bangun tidur dia akan tersenyum tapi waktu tengah demam tu, dia merengek bila bangun tidur.

Malam kedua Sara demam waktu tu lebih kurang pukul 12 tengah malam, Sara dah tidur pukul 9 camtu, tiba-tiba Sara menangis tak henti-henti. Semua orang dah cuba pujuk tapi Sara tak diam juga. Akhirnya kami bawa ke Hospital Tangkak. Sampai kat hospital Sara diam pula. Masa tu cek suhu still 36.0..akhirnya Sara tidur dengan lena malam tu selepas penat menangis.

Pagi tu saya terlalu berharap Sara akan sihat seperti biasa, tetapi badan Sara masih ada panas sikit. Walaupun Sara tersenyum pagi tu tapi Sara masih merengek apabila selsema. Dan kami bergerak balik ke Gerik. Tiba-tiba saya rasa pening kepala dan rasa nak muntah. Gerak je dari Muar saya terus terlelap. Mujur lah Sara juga tidur. Sampai di Sungkai saya rasa dah tak larat sangat dan minta Suami berhenti di mana-mana sebab dah nak termuntah sangat. Selepas tu masih lagi rasa tak ok, saya hilang selera makan sehinggalah sampai di Gerik saya masih lagi muntah-muntah.
Dalam hati saya berkata mungkin Allah nak pindahkan sakit Sara pada saya. Saya terima. Malam tu saya dapat tidur dengan lena walaupun pening kepala. Begitu juga dengan Sara. Dan Alhamdulillah pagi itu Sara bangun dengan senyuman dan badannya juga dah tak panas.

Kami bawa juga ke klinik untuk pengesahan doctor yang Sara sudah betul2 sihat. Dan doctor mengesahkan yang Sara sudah baik.
Mungkin macam tu lah yang ibu-ibu kita rasa kan bila anak-anak tak sihat. Rasa risau dan takut. Dan saya dah dapat rasakan semua tu. Buat ibu-ibu semua, pastikan kita sentiasa dengan anak kita sewaktu anak kita tak sihat. 

Kat sini saya nak share ape yang saya buat masa anak saya demam:

-           Monitor suhu baby setiap 2 jam sampai suhu dia dah turun.
-           Bila panas lapkan sikit dengan tuala basah
-          Tampal cool fever
-           Jerlum badan dengan daun bunga raya (ramas daun bunga raya sampai lender dia keluar)
-           Mandikan dengan air daun bunga raya yang dirimas tadi tu
-           Bagi baby makan dan minum susu dan air masak secukupnya supaya baby ada tenaga
-          Sentiasa bersama baby dan bagi semangat dekat dia.

Sekian. 

Saturday, July 26, 2014

Menjelang Hari Raya

Salam semua..
Macam mana dgn persiapan hari raya ni?
Alhamdulillah tahun ni sy akan beraya di rumah mertua dulu..first time ni beraya kat sini..tahun ni adik beradik sy semua beraya kat kg saya..jadinya saya seorang je la yg beraya rumah mertua..
Dan tahun ni juga sy beraya sebagai seorang ibu..excited la juga..
Lagi dua hari nak raya ni..persiapan adalah dalam 80%..
So misi hari ni nak cari baju baby Qaisara,tudung raya,kasut and kemeja untuk suami sy..
Harap2 ada yang bekenan la.

Kepada semua yang balik kg hati2 drive..biar lambat asal selamat..

Selamat Hari Raya,Maaf zahir & batin..


Saturday, May 31, 2014

Pengalaman Bersalin PART 2

Assalamualaikum semua..

Seperti yang dijanjikan ni sambungan pengalaman saya bersalin untuk PART 2.. Baby pun dah tidur so boleh la nak online ni.

Ok masa dah masuk dewan bersalin tu macam-macam saya rasa, takut ada, excited ada, tak sabar ada. Tapi ape yang saya fikir kan masa tu ialah keselamatan my baby. Disebabkan saya bersalin di hospital gov jadi suami tidak dibenarkan masuk dan telefon juga tidak dibenarkan di bawa ke dalam bilik bersalin tu. Walaupun bilik sorang tapi still boleh dengar lagi suara orang menjerit atau mengerang sakit contraction tu. Ngeri kot.

Masa ni contraction dah makin kerap. Saya hanya mampu berzikir dan mengingati Allah. Tak lama lepas terbaring menahan sakit tu doktor masuk dengan nurse tanya macam-macam la. Then saya cakap la air ketuban dah pecah dah masa kat atas tu. Tapi doctor tak percaya pula tu. Dia kata tu air je kot. Boleh pula dia tak percaya, Jadikan doctor cakap dia nak pecahkan air ketuban. Masa dia check tu sakitnya lagi sakit dari contraction. Terjerit juga la saya. Then doctor cakap sedut gas tu kalau sakit. Jadinya saya sedut gas tu tak henti-henti sebab mmg tak rasa sakit. Tapi kesannya kita akan jadi mamai macam tak sedar apa-apa. Lepas cabut gas tu saya nampak doctor tengah cakap-cakap dengan nurse 2 3 orang. Saya rasa takut. Tapi saya tak dengar apa yang dibincangkan. Then dengan lemahnya saya tanya "doktor baby saya tak ade ape-ape kan. Baby saya ok kan doctor"..Doktor tanya balik kat saya dengn lemah lembut "kenapa awak cakap camtu. Baby awak ok."..saya yang risau tanya lagi.."Tapi kenapa doctor dengan nurse macam ada something yang mengejutkan"..doktor cakap.."awak jangan fikir yang bukan-bukan, kami just terkjut yang air ketuban awak mmg dah pecah, tapi dalam buku rekod awak ni tak cakap pula air ketuban dah pecah."..haaa saya dah cakap dah awal-awal kan tadi..<ckp dalam hati je>

Then doctor cakap just relax, baru buka 5 cm, ada lagi 5 cm. Orang cakap masa dah masuk labor room dah tak boleh mkn tapi saya rasa dahaga sangat, jadinya disebabkan tak ade ape-ape cara untuk panggil nurse kat luar saya pun jerit la panggil nurse, nurse yg terkejut tanya kenape?saya cakap la saya dahaga. Dia pun bagi la air. Habis secawan saya minum. Lepas tu dalam menahan sakit tu ade la juga tertidur, bila tersedar tengok jan dah pukul 1 pagi. Nurse check jalan baru 7 cm. Ok rasa dah tak tertanggung sakit tu. Masa tu nurse asyik buat CTG untuk monitor jantung baby. Nurse cakap jangan tidur nanti baby pun tidur. Hehe..tapi saya tertidur juga. Jadinya graf pun tak berapa nak cantik.

Bila dah pukul 6pagi tu rasa nak meneran sangat, then panggil nurse and doctor pun masuk sekali, dia kata belum 10cm lagi, tapi saya rasa nak meneran sangat. Then tak lama lepas tu doktor cakap ok dah 10 cm, boleh teran. Ok ini la masanya..Dengan sekuat hatinya saya meneran dengan suara sekali, tapi doktor cakap jangan keluar suara, tetiba teringat kat Hajar kawan saya pun ada pesan jangan keluar suara. Ok saya cuba lagi sekali tanpa keluarkan suara. Doktor cakap dah nampak rambut push lagi. Saya cuba push lagi tapi tak ade perubahan sehinggala saya hilang tenaga dan yang pelik nya rasa sakit untuk meneran dah hilang. Saya dah risau. saya dah dengar doctor cakap dengan nurse yang saya tak boleh ni. masa tu graf jantung baby juga menurun, masa tu saya redha andai kata saya kena operate sebab saya lebih risaukan baby.

Doktor datang dekat saya dan terangkan risiko operate pada saya sebab masa tu baby dah kat bawah cuma sy dah tak larat nak push. Saya diminta untuk sign pada borang dan suami sy dipanggil masuk ke dalam dewan bersalin tu. Masa katil saya ditolak keluar dari bilik bersalin suami saya la org pertama yang saya nampak. Rasa sebak sangat. Saya nampak dia tahan sebak. Saya cakap kat dia, saya tak boleh normal kena operate, then dia pegang tangan sy dan ckp tak pe sambil angguk2. Ok sy tahu dia cuba kawal emosi dia. Dari 1 katil ke 1 katil saya dipindahkan sebelum masuk ke dewan bedah. Masa nak masuk ke dewan bedah suami tak dapat ikut. Saya dan dia berpandangan sebelum pintu tertutup..cehhh..sebiji macam dalam drama..hehe..

Dalam bilik bedah tu sejuknye teramat la sangat. Sampai saya cakap kat doktor saya sejuk sangat ni. Bibir mmg dah menggeletar dah. Tetiba rasa sakit nak push tu datang so saya pun cuba teran lagi tapi mmg tak lepas. Then sy kena duduk sambil peluk bantal dan kena cucuk kat tulang belakang kalau tak silap 2 kali. Tapi saya tak rasa sakit sangat. Sebab tengah sakit contraction lagi masa tu. Saya dapat rasakan kaki saya memang tak rasa ape2 dah. Saya penat sangat masa tu sampai kan saya cakap dengan doctor saya nak tidur sekejap boleh tak?then doktor cakap tidur la nanti kami kejut. Memang tak nampak apa-apa sebab ada kain penghadang depan saya tu. Tangan saya didepakan sambil pegang ape ntah tapi panas-panas bagi hilangkan rasa sejuk tu. Masa tu saya berdoa kepada Allah semoga selamatkan saya dan anak saya. Tetiba saya dapat rasakan yang perut saya macam kena conteng-conteng. Tapi lepas tu tak sedar dah. Saya pejamkan mata tapi boleh dengar bising-bising cuma tak jelas. Tak lama lepas tu saya dengar suara baby menangis. Alhamdulillah syukur Ya Allah, doa saya telah dimakbulkan. Baby saya selamat dilahirkan pada 6.57 pagi. Tapi masa tu ada rasa risau lagi sebab suara baby nangis tu macam sekat-sekat. Dalam hati berdoa semoga baby ok. Tak lama lepas tu ada nurse datang kat sebelah tunjuk baby. Dia tanya baby ape ni?sy ckp la baby girl. Ok good dia kata. Maknanye die tahula yang saya sedar. Saya sempat kiss kaki baby..hehehe..first kiss kat kaki baby yang comel tu. Muka tak sempat tengok sebab nurse nak bawa keluar dah.

Lepas tu saya rasa perut saya macam bergegar-gegar. Time tu doctor tengah jahit kot. Saya tertidur sampai la dah siap ada nurse kejut inform yang semuanya dah selamat. Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak jumpa baby dah suami. Tapi lepas keluar je bilik bedah saya kena masuk bilik pemerhatian dulu sebab tekanan darah saya tetibe tinggi dan saya menggeletar. Rupanya saya terus demam lepas operate tu dan doktor kena monitor tekanan darah saya dulu baru ok. Sedar tak sedar pukul 9 baru saya stabil semula dan baru lah katil saya ditolak ke wad. Masa keluar tu saya tercari-cari suami saya dan nampak dia. Rasa nak peluk je dia cakap saya dan baby dah selamat. Suami sy ckp dia dah tengok baby. Comel macam dia..hehehe..Saya tanya dia dah pukul berapa ni dia cakap dah pukul 9. Lamanya saya kat dalam. Pukul 6.30 saya masuk, pukul 7 lebih camtu baby dah keluar dan nurse tunjuk kat suami, pukul 9 baru saya keluar.

Macam tu la kisah bersalin saya. Walaupun terpaksa di czer di saat-saat akhir walaupun dah 10 cm tpi alhamdulillah kami selamat.Next entry saya cerita pasal berpantang ya,bukan sama macam berpantang bersalin normal tau. Ada bezanya.

Ni gambar baby saya, Nur Sofea Qaisara Bt Mohd Nasihah.
Berat baby masa lahir 3.71 kg
salah satu faktor saya tak dapat normal mayb sebab saya ni kecik je orangnya, tinggi 149, berat masa 9 bulan tu 60kg camtu. Tapi sebenarnya dah ditakdirkan saya kena operate kan.



Semoga jumpa lagi! =)

Pengalaman Bersalin Part 1

Assalamualaikum semua..

Before saya start cerita bersalin saya, meh nak bagi intro dulu ye..
Saya berkahwin pada 02122012 dan disahkan mengandung selpas 3 bulan berkahwin, masa tu check-check dah masuk 2 bulan dah. Walaupun ada tanda-tanda awal pregnant tapi masa tu saya tak terfikir yang saya pregnant. Tanda-tanda awalnya macam saya sesak nafas, hampir setiap hari..ingatkan sebab penat sebab balik keja selalu malam. masa ni sy bekerja lagi. saya dan suami wekeend husband n wife. Then p check doktor and she said tak ade apa-apa. Tanda kedua saya selalu sakit perut yang memulas-mulas. Dalam seminggu tu akan kena 2, 3 kali. Tapi still buat tak tahu je sebab fikir salah makan kot. Jadinya tahan la sakit sorang-sorang tengah malam. Hilang sakit tidur balik. Sampaikan satu hari cerita la kat member yang selalu sakit perut, then dia cakap "Pregnant kot..cuba check. So dengan rasa excitednya pegi la beli pregnancy kit tu. Nak beli tu rase takut pun ada. Then esoknya bangun pagi-pagi check-check ada 1 line je. OK tak pregnant. Tak pela belum ade rezki..sampai la satu hari pegi klinik sebab nak check sakit perut then nurse suruh ambik urine test and masa ni la doc sahkan yang i'm pregnant almost 8 weeks.

Due saya adalah pada 02/12/2013..time ni dah seronok sangat sebab sama date ngan tarikn kahwin kan. So konon2 hadiah first anniversary. tetapi, kita hanya mampu merancang, Allah dah tetapkan segalanya kan. Seorang demi seorang kawan-kawan saya yang duenye pada tahun yang sama selamat bersalin. saya ingat lagi macam-macam saya tanya kat kawan-kawan yang bersalin tu macam mana rasa bersalin?nak kena bawa ape ke hospital?sakit tak masa dalam pantang?yela kita kan first time kan. macam-macam la tanya. Kawan saya tu bersalin masa minggu ke 38 and lagi sorang tu lagi 2 hari nak due kalau tak silap saya. Dua-dua anak sulung, so saya pun cakap dalam hati ok lebih kurang macam tu kot saya nanti. So minggu ke 38 camtu saya pun balik ke rumah mak mertua kat sg Petani sebab hospital dekat je dari rumah tu. 15 minit je..Plannye nanti lepas bersalin baru balik rumah mak saya kat Perak. 

Masa tu setiap hari saya pujuk baby cakap kalau dah ready nak keluar bagitau ibu ye..
tapi tunggu punya tunggu sampai lah tarikh due 02/12/2013 still tak de tanda-tanda baby nak keluar. So p check kat klinik kesihatan nurse check baby semua ok. Then dia bagi tempoh 1 minggu lagi. Kalau tak bersalin juga then kena serah diri 8hb tu and kena induce..macam-macam la sy buat utk pujuk baby keluar tapi baby suka betul dalam duduk dalam perut ibu jadinya terpaksa la saya serah diri di hospital sultan Abdul Halim Sg Petani. Masa tu fikir baby je. Dah redha juga la. Yang penting baby selamat.

9hb tu dalam pukul 9 pagi camtu doktor induce buat kali pertama. Sakit juga induce ni. Lepas induce tu saya tak dibenarkan bergerak selama 1 jam. Selepas 1 jam tu boleh la nak gerak. Jalan-jalan dalam wad tu ke. Tapi even saya dah jalan-jalan still tak ade tanda-tanda nak bersalin. Selepas 6 jam, sekali lagi sy di induce. Lepas je induce tu nurse lebih kerap buat CTG untuk check graf jantung baby. Alhamdulillah semua ok. Daripada graf tu juga nurse boleh tahu yang dah mula ada contraction. Memang betul pun, lepas 1 jam kena induce tu saya rasa sakit perut mcm nak buang air. Request kat nurse cakap dah tak tahan nak buang air. Then masa kat toilet tetiba rasa air panas dan jernih bercampur darah. Banyak sangat. Masa tu saya dah fikir dah nak bersalin ni. Saya cepat-cepat keluar dan bagitahu kat husben dan husben inform kat nurse.

Kebetulan ada doctor kat situ dia check jalan dah buka 1 cm..Dalam hati cakap 1 cm je baru?tapi sakitnye Tuhan je yang tahu. Masa ni contraction setiap 15 ke 20 minit camtu. Bila contraction tu datang ape yang ada kat sebelah tu la yang saya capai. Masa tu husben dah kena balik sbb hospital gov kan mana boleh orang jaga. Sampai saya tak sempat makan. Tray makanan dah kena ambik dah. Nasib baik ada buah apple dengan biskut. Jadinya makan tu je la. Konon-konon nya buat tenaga nak meneran nanti. Dalam pukul 7 camtu saya gagahkan juga la p mandi siap-siap kan brg semua. Tahan je la sakit tu.Masa tengah menahan sakit tu ada la juga sampai tertidor. Tetibe dalam pukul 10 malam camtu rasa menggeletar sgt2.Dah la sakit lepas tu sejuk sangat. Orang lain ok je. Then saya panggil nurse yang lalu tu cakap saya sejuk sangat nak minta selimut lagi. Nurse tu cakap la Air cond tak de la kuat sangat. Kipas pun dah tutup kenape sejuk pula. So die minta nurse check jalan. Rupanya dah 4cm. Doctor cakap mungkin saya terlampau rasa sakit tu yg sampai mengeletar. Doctor cakap dah boleh masuk dewan bersalin ni. Terus saya rase excited sangat. Call husben cakap datang hospital cepat sebab saya dah nak masuk dewan bersalin. Masa ni saya baca je ape yang terlintas di kepala terutamanya doa Nabi Yunus tu. Baca banyak kali.

Baby dah bangun pula...next entry sy cerita apa yang terjadi dalam dewan bersalin tu ye. Sama ada sy bersalin normal ke Czer..to be continued.....

Friday, May 30, 2014

Alhamdulillah..I'm a mother :)

Assalamualaikum semua..


Dah lama tak menulis dan bercerita..
Hari ni tetibe rasa nak menulis..
Sebenarnya just nak share story dgn semua..at the same time nak tulis kat blog ni so bile my baby dah besar die boleh bace..
Alhamdulillah, lagi 10 hari genapla 6 bulan sy bergelar seorang ibu kepada my baby Nur Sofea Qaisara bt Mohd Nasihah. 
Nanti dalam next entry saya cerita pengalaman bersalin dan berpantang ok!

Bila dah jadi ibu ni hati akan cepat rase tersentuh esp kat kanak-kanak..
mcm tu la mak-mak kite rasa kan..
Saya seorang surirumah. 24/7 dengan my baby..sebab tu kalau tak tengok dia rase rinduuu sangat..
For the first 3 months still tak percaya yang saya dah jadi ibu..
bila tengok baby membesar depan mata kita barulah rasa yang dia adalah amanah yang Allah anugerahkan kepada saya dan suami yang mana tanggungjawab seorang ibu dan ayah amatla besar. Sebab baby ni ibarat kain putih, kita yang akan mencorakkannye kannnn..

Buat mommy to be, kuatkan semangat anda fizikal dan mental kerana anda bakal melalui fasa kehidupan yang baru..yang semestinya lebih menyeronokkan bila si kecil anda lahir nanti. 

Serius rindu time mengandung. Betul la orang cakap kita akan rindu masa kita mengandung. Esp masa baby tendang2..seronok tgk..

ok la..next entry saya cerita pengalaman saya bersalin pula ya.