Senyum-senyum selalu..

Friday, December 2, 2016

Happy 4th Anniversary to me and husband

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini 2 Disember 2016 genaplah usia perkahwinan kami 4 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi. Kami dikurniakan seorang Puteri yang menyerikan lagi kehidupan kami. Semoga akan ada lagi adik-adik Qaisara..Masih setia menunggu dan terus menunggu.

Selama 4 tahun perkahwinan kami, macam-macam dah kami lalui dan Alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami yang sentiasa ada bersama senang dan susah. Rasa bersyukur sebab beliau sangat baik. Support apa yang saya buat. Keputusan yang paling besar yang pernah kami buat ialah bila mana saya bertanyakan kepada beliau adakah beliau ok sekiranya saya berhenti kerja memandangkan pada waktu kami PJJ..beliau di Perak dan saya di KL. 

Hampir sebulan juga kami berbincang dan akhirnya kata sepakat beliau setuju saya berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan anak..Sesungguhnya betul kata orang tempat seorang isteri adalah di sisi suami. 

Pada awalnya macam-macam saya rasa, serba salah, takut, menyesal..tapi bila kita REDHA semua perasaan tu akan hilang. Suami saya bagi dorongan saya untuk memulakan perniagaan secara online. Dan saya cuba. Saya mulakan dengan menjadi DROPSHIP. Mula-mula memang hampir putus asa. Bukan mudah nak ceburi bidang perniagaan buat kali pertama. Atas sokongan terus menerus dari suami akhirnya sikit demi sedikit saya mula faham rentak perniagaan online. Dan kini saya telah berjaya berniaga secara kecil-kecilan berbekalkan modal yang rendah dahulu.

Ada orang pernah bertanya kalau tak kerja nanti tak ada duit simpanan, tak dapat nak shopping semua, nak berbelanja..Tapi pokok pangkalnya adalah REDHA dan SYUKUR dengan kurniaan TUHAN. Belum pernah lagi kami rasa terbeban atau tidak cukup belanja. Malah mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih berjimat cermat. Mujur suami seorang yang memang cermat orangnya. Dialah menteri kewangan kami. 

To my husband :

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke -4, semoga hubungan ini sentiasa dirahmati Allah, berkekalan hingaa ke Jannah. Bimbinglah isterimu dan anak-anak mu ini dengan sebaiknya. 
Terima kasih kerana sentiasa ada dengan kami senang dan susah. Amin...




No comments:

Post a Comment