Senyum-senyum selalu..

Friday, June 17, 2016

Persiapan Hari Raya 2016 GONDOLA 31

Assalamualaikum..Salam Ramadhan..Dah dekat 2 minggu puasa kot baru nak wish Ramadhan,,Pun boleh kan.. :)

Macam mana dengan persiapan untuk menyambut Syawal?
Elok lah kalau kita buat persiapan awal kan.

Alkisahnya tahun ini entah kenapa saya sekeluarga tak sempat nak hantar kain untuk ditempah, Jadinya solution yang terbaik adalah dengan membeli baju siap. 

Padahal saya jenis susah nak berkenan dengan baju-baju siap ni. Sebab size kecil kan kalau beli Jubah or Dress confirm kena alter kena potong..Alahai sayangnya kan. Kadang tu dah berkenan dengan baju tu dah tak da size kecil pula. Dah habis pula. Stress tau kalau beli baju ni. 

Persiapan saya start 2 hari sebelum raya. Husband ajak keluar beli baju raya kami sebab nanti dah puasa tak larat nak jalan banyak kan. Penat pula nanti. Ok jadi saya pun start la google nak cari kat mana baju best kat Ipoh.. So search kat Insta jumpalah GONDOLA 31 kat Ipoh. Berdekatan dengan Mydin Meru. Saya tanya husband dulu ok ke nak pergi situ dia macam biasa lah ok je. Nak tengok gambar tempat..saya pun google la gambar. Haaa yang ni saya respect kat dia sebab bab2 jalan ke dia cepat je tangkap. Macam contoh saya just cakp GONDOLA 31 ni dekat dengan Mydin, so sampai kat Mydin tu dia masuk sana masuk sini..Eh dah sampai dah depan butik tu. Pandai dia cari jalan. 

Dalam Gondola ni ada banyak collection daripada butik2 yang terkenal. Macam Minaz, Pudore, Imaanboutique, Aizoorakooblossoms, lisaadamcollections, dan banyak lagi lah. Harga pula memang berbaloi. Ada yang serandah RM100 tau. Cantik2 semuanya. Yang mana yang saya dah check kat Insta saya dpt tengok depan mata dan rasa material tu. Baru puas hati kan. Mulaa lah saya rambang mata. Husband cakap ambil je mana yang berkenan. Wahhh dah dapat green light kan. dari bawah naik atas pula. Jumpa lah yang berkenan. Color pula memang color yang saya nak. Ok perg testing dulu kan utk size. Cantik dan flowy sangat. Kalau nak potong ni kena banyak sangat ni..OK tukar pattern lain pula. Ok yg ni cantik sikit, then minta size kecik sikit..Oh no dah habis pula..Lepas tu turun bawah balik cari balik mana yang berkenan. Ok tak de. Kecewa kan..

Last2 ajak Husband pergi Mydin jela. Kita cari kat dalam sana. Husband dah mula geleng kepala dah pelik sebab punya lah banyak baju boleh tak berkenan. Ok kat sana pula banyak dah baju raya jual..again mula la pening kepala nak beli baju mana. Ni bukan dalam Mydin tau..yang kat luar2 tu. setiap tingkat la naik nak pilih baju..First round saya tengok2 dulu. Kali kedua baru decide nak beli yang mana. Tapi beli baju Husband dulu, baju saya dan akhir sekali baju Qaisara. Haaa ni lagi satu cerita punyalah susah nak suruh Qaisara try baju raya. Mungkin dia dah penat kan ke sana ke sini sampai dia dah penat..bila suruh try baju dia lari. Last2 saya main agak je. Sudahnya memang main agak je la.

Settle dah baju. Hooray! Persiapan yang lain masih in progress..
Kalau yang shopiing online tu order sebelum 29hb 6 ye sebab kalau lepas tu mayb barang anda sampai selepas raya..ok ingat tau!

Sesiapa yang nak order Dress Jubah Kanak-kanak boleh follow Insta sy ye : mazlinamansor
Serius cantik. :)





No comments:

Post a Comment