Assalamualaikum semua..
22sept yang lepas genap 2 tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa.
Kenapa tajuk entry Redhakah aku?
Beberapa hari yang lepas tiba-tiba muncul suatu perasaan untuk mengenang kembali saat-saat saya bekerja.
Saya buka kembali online banking SCB yang mana sehingga sekarang sudah 2 tahun saya tak pernah lagi menggunakan kad ATM tersebut. Yela sebaik sahaja berhenti kerja semua simpanan di bank tersebut saya pindahkan ke bank yang lain memandangkan susah nak cari ATM SCB. Username dan password juga saya hampir lupa. Dengan 3 kali percubaan akhirnya saya berjaya. Kot2 lah kan ada payment yang lepas tertunggak dan tetibe ade dalam acc kan..hehe..tapi malangnya x de pun..harapan je tu..
Sebelum itu kat FB sekarang kadang2 tu akan post balik entry kite yang lepas kan..dan saya terpandang pula entry last day saya dgn kawan-kawan bergambar dekat office. Sebak pula rasa time tu. Masa tu saya tengah mengandungkan Qaisara 7 bulan. Time tengok tu mula lah teringat balik kerja kat situ. Dan juga teringat sebab utama saya berhenti kerja.
Terdetik di dalan hati saya kenapa saya boleh terkenangkan semua itu. Seakan-akan saya tidak redha menjadi surirumah. Tetapi tidak sebenarnya. Saya hanya rindukan kawan-kawan dan suasana bekerja. 3 tahun bekerja tak mungkin saya boleh lupakan.
2 tahun menjadi surirumah banyak mengubah saya. Daripada seorang yang tak tahu masak kini saya dah tahu memasak. Bolehlah dari tak ade kan.. :)
Saya dapat tengok perkembangan Qaisara dari kcil sehingga sekarang. Mugkin ramai kan ibu-ibu yang mengidamkan detik2 mcm ni. Tengok anak belajar meniarap, merangkak, berjalan dan bercakap.Semua depan mata kita. Dan Alhamdulillah saya terpilih untuk melihat setiap perkembangan tersebut.
Saya kini menjalankan perniagaan online. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Apa yang penting semangat dan usaha untuk berjaya. Mungkin ada yang berkata kepada saya apa gunanya ada ijazah tapi berniaga online je. Semua itu tak salah. Mungkin sekarang saya masih belum ada kesempatan utuk menmpraktikkn apa yang telah saya pelajari. Tetapi di masa akan datang kita tak tahu kan.
Untuk semua surirumah muda seperti saya, ikhlaskan hati, syukurlah selalu. Redha, dah taat kepada suami. InshaAlah, kalian akan menemui kebahagiaan dan pasti ada rezeki untuk anda.
No comments:
Post a Comment