Senyum-senyum selalu..

Sunday, October 4, 2015

Kisah Abah nak KFC

Assalamualaikum..

Pernah dgr baca tak kisah seorang anak yang nak makan KFC..Kisah ni saya terbaca kelmarin kat fb..tp nak cri balik dah tak jumpa dah. 

Ceritanya mcm ni, suatu hari si anak beritahu kat abah dia teringin nak makan ayam KFC..then abahnya pun cakap setuju nak belikan. Sedangkan dalam hati Allah je tahu, macam mana nak tunaikan permintaan anaknya itu. Mereka bukan daripada keluarga yang senang. 

Keesokannya, si anak balik dari sekolah dan terus bertanyakan kepada abahnya ayam KFC. Abahnya menghulurkan seketul ayam di dalam plastik. Si anak menolak pada mulanya kerana dia tahu ayam KFC mestilah dalam kotak. Tetapi abahnya memberitahunya yang pada mulanya ayam memang dalam kotak, tapi dah kena hujan kotak dah basah jadi abah letak dalam plastik. 

Si anak terima dan percaya. Rupa-rupanya ayam yang abahnya belikan untuknya bukan lah ayam KFC seperti yang diinginkan tetapi ayam dari pasar malam. Hanya itu yang mampu dibelikan oleh abahnya. Hati abahnya sebak apabila si anak mempelawa untuk makan ayam kfc bersama. Andai anaknya tahu itu bukan ayam KFC bagaimana lah perasaan si anak kan..

Sebak rasanya masa baca kisah ini. Teringat masa saya masih bersekolah, saya juga mengalami situasi yang hampir sama. Bezanya, abah dan mak sendiri yang offer akan bawa makan KFC kalau dapat result baik. saya masih ingat lagi, kalau nak pergi makan KFC kena pergi Teluk Intan. Kami berlima akan pergi naik bas. saya, kakak, adik, mak dan abah.Abah akan hantar kami bergilir2 ke bus stop. Lepas tu abah park motor kat tempat tersorok sikit jauh dari bus top. Masa tu excitednya kami sebab dapat pergi pekan. Yela bukan senang nak pergi pekan. Sekali sebulan pun susah. Kami juga bukan dari keluarga yang senang. 

Masa tu tak terfikir langsung sama ada mak abah ada duit ke tak. Abah hanya kerja kampung mengusahakan kebun kelapa sawit. Tiada langsung terdetik dalam kepala cukup duit ke tak yang ada cuma lah keseronokan sebab dapat pergi pekan makan KFC. 

Macam tu lah kasihnya mak dan ayah kita. Selagi mereka mampu merekan akan berusaha untuk memenuhi kemahuan anak-anak mereka. Kini, giliran kita pula untuk sentiasa memenuhi apa yang mereka perlukan. Ingat kawan-kawan sayangi mereka dan hargai mereka seperti mana mereka menyayangi kita. Rindu mak abah kat kg..

No comments:

Post a Comment