Dah lama saya tak update blog ni. Bukan tak nak menulis tapi sebab line internet tak berape nak ok kat Gerik ni. Tapi sekarang ni dah ok dah. Jadi harap-harap saya rajin menulis. Kata orang jadi surirumah ni banyak masa. Meh nak cerite sikit pengalaman saya jadi surirumah. Sedar tak sedar dah setahun lebih saya jadi surirumah. Ada juga saya dengar orang dok cakap kat saya tak menyesal ke berhenti kerja?tak rasa sayang ke belajar tinggi-tinggi end up dengan jd surirumah?
Sejujurnya saya redha dengan ketentuan Allah. Saya yakin dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk saya. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Dikurniakan seorang suami yang memahami diri saya dan seorang anak yang sentiasa buat saya tersenyum sudah melengkapkan hidup saya.
Jadi surirumah ni rutin kerjanya hampir sama je tiap-tiap hari. Esp bab masak. Sampai satu tahap dah tak tahu nak masak ape dah. Kerja mengemas rumah tu memang dah wajib la kan. Tapi yang paling best bila dapat menguruskan anak sendiri.
Sejak saya melahirkan anak saya hinggalah sekarang Qaisara dah pun setahun 3 bulan saya tak pernah berpisah dengan dia. Setiap apa yang dia lakukan semua depan mata saya. Saya pernah berbincang dengan suami yang saya ingin bekerja semula selepas Qaisara berusia setahun. Tapi macam-macam saya fikir..antaranya-----
----Ada ke orang nak jaga Qaisara?>>sbb Qaisara tak nak kat orang yg dia x kenal..
----Ada ke orang yang nak melayan Qaisara yang sekarang dah banyak kerenah>> esp time makan..kena main kejar-kejar bila nak makan.
---- dan yang paling penting Qaisara tak nak minum susu formula. Sampai sekarang Qaisara still BF dengan saya. Alhamdulillah saya akan teruskan BF sampai Qaisara 2 tahun. Semoga dipermudahkan.
Jadinya, suami saya bagi cadangan untuk buat bisnes online je. Kerja dari rumah kan. Buat masa sekarang ni saya tengah survey dulu nak buat bisnes ape, macam mana nak start, kena tahu dulu selok belok bisnes online ni.
Ok. Sampai sini dulu. Esok sambung lg sebab Qaisara dah tarik-tarik baju nak ajak p mana ntah kan.
Qaisara |
No comments:
Post a Comment