Senyum-senyum selalu..

Saturday, May 31, 2014

Pengalaman Bersalin Part 1

Assalamualaikum semua..

Before saya start cerita bersalin saya, meh nak bagi intro dulu ye..
Saya berkahwin pada 02122012 dan disahkan mengandung selpas 3 bulan berkahwin, masa tu check-check dah masuk 2 bulan dah. Walaupun ada tanda-tanda awal pregnant tapi masa tu saya tak terfikir yang saya pregnant. Tanda-tanda awalnya macam saya sesak nafas, hampir setiap hari..ingatkan sebab penat sebab balik keja selalu malam. masa ni sy bekerja lagi. saya dan suami wekeend husband n wife. Then p check doktor and she said tak ade apa-apa. Tanda kedua saya selalu sakit perut yang memulas-mulas. Dalam seminggu tu akan kena 2, 3 kali. Tapi still buat tak tahu je sebab fikir salah makan kot. Jadinya tahan la sakit sorang-sorang tengah malam. Hilang sakit tidur balik. Sampaikan satu hari cerita la kat member yang selalu sakit perut, then dia cakap "Pregnant kot..cuba check. So dengan rasa excitednya pegi la beli pregnancy kit tu. Nak beli tu rase takut pun ada. Then esoknya bangun pagi-pagi check-check ada 1 line je. OK tak pregnant. Tak pela belum ade rezki..sampai la satu hari pegi klinik sebab nak check sakit perut then nurse suruh ambik urine test and masa ni la doc sahkan yang i'm pregnant almost 8 weeks.

Due saya adalah pada 02/12/2013..time ni dah seronok sangat sebab sama date ngan tarikn kahwin kan. So konon2 hadiah first anniversary. tetapi, kita hanya mampu merancang, Allah dah tetapkan segalanya kan. Seorang demi seorang kawan-kawan saya yang duenye pada tahun yang sama selamat bersalin. saya ingat lagi macam-macam saya tanya kat kawan-kawan yang bersalin tu macam mana rasa bersalin?nak kena bawa ape ke hospital?sakit tak masa dalam pantang?yela kita kan first time kan. macam-macam la tanya. Kawan saya tu bersalin masa minggu ke 38 and lagi sorang tu lagi 2 hari nak due kalau tak silap saya. Dua-dua anak sulung, so saya pun cakap dalam hati ok lebih kurang macam tu kot saya nanti. So minggu ke 38 camtu saya pun balik ke rumah mak mertua kat sg Petani sebab hospital dekat je dari rumah tu. 15 minit je..Plannye nanti lepas bersalin baru balik rumah mak saya kat Perak. 

Masa tu setiap hari saya pujuk baby cakap kalau dah ready nak keluar bagitau ibu ye..
tapi tunggu punya tunggu sampai lah tarikh due 02/12/2013 still tak de tanda-tanda baby nak keluar. So p check kat klinik kesihatan nurse check baby semua ok. Then dia bagi tempoh 1 minggu lagi. Kalau tak bersalin juga then kena serah diri 8hb tu and kena induce..macam-macam la sy buat utk pujuk baby keluar tapi baby suka betul dalam duduk dalam perut ibu jadinya terpaksa la saya serah diri di hospital sultan Abdul Halim Sg Petani. Masa tu fikir baby je. Dah redha juga la. Yang penting baby selamat.

9hb tu dalam pukul 9 pagi camtu doktor induce buat kali pertama. Sakit juga induce ni. Lepas induce tu saya tak dibenarkan bergerak selama 1 jam. Selepas 1 jam tu boleh la nak gerak. Jalan-jalan dalam wad tu ke. Tapi even saya dah jalan-jalan still tak ade tanda-tanda nak bersalin. Selepas 6 jam, sekali lagi sy di induce. Lepas je induce tu nurse lebih kerap buat CTG untuk check graf jantung baby. Alhamdulillah semua ok. Daripada graf tu juga nurse boleh tahu yang dah mula ada contraction. Memang betul pun, lepas 1 jam kena induce tu saya rasa sakit perut mcm nak buang air. Request kat nurse cakap dah tak tahan nak buang air. Then masa kat toilet tetiba rasa air panas dan jernih bercampur darah. Banyak sangat. Masa tu saya dah fikir dah nak bersalin ni. Saya cepat-cepat keluar dan bagitahu kat husben dan husben inform kat nurse.

Kebetulan ada doctor kat situ dia check jalan dah buka 1 cm..Dalam hati cakap 1 cm je baru?tapi sakitnye Tuhan je yang tahu. Masa ni contraction setiap 15 ke 20 minit camtu. Bila contraction tu datang ape yang ada kat sebelah tu la yang saya capai. Masa tu husben dah kena balik sbb hospital gov kan mana boleh orang jaga. Sampai saya tak sempat makan. Tray makanan dah kena ambik dah. Nasib baik ada buah apple dengan biskut. Jadinya makan tu je la. Konon-konon nya buat tenaga nak meneran nanti. Dalam pukul 7 camtu saya gagahkan juga la p mandi siap-siap kan brg semua. Tahan je la sakit tu.Masa tengah menahan sakit tu ada la juga sampai tertidor. Tetibe dalam pukul 10 malam camtu rasa menggeletar sgt2.Dah la sakit lepas tu sejuk sangat. Orang lain ok je. Then saya panggil nurse yang lalu tu cakap saya sejuk sangat nak minta selimut lagi. Nurse tu cakap la Air cond tak de la kuat sangat. Kipas pun dah tutup kenape sejuk pula. So die minta nurse check jalan. Rupanya dah 4cm. Doctor cakap mungkin saya terlampau rasa sakit tu yg sampai mengeletar. Doctor cakap dah boleh masuk dewan bersalin ni. Terus saya rase excited sangat. Call husben cakap datang hospital cepat sebab saya dah nak masuk dewan bersalin. Masa ni saya baca je ape yang terlintas di kepala terutamanya doa Nabi Yunus tu. Baca banyak kali.

Baby dah bangun pula...next entry sy cerita apa yang terjadi dalam dewan bersalin tu ye. Sama ada sy bersalin normal ke Czer..to be continued.....

No comments:

Post a Comment