Assalamualaikum semua..
Kalau tahun lepas waktu hari raya baby dalam perut lg..raya tahun ni alhamdulillah saya dan suami beraya bertiga bersama si kecil baby Qaisara..
Di pagi raya bila tengok qaisara pakai baju kurung rasa happy sangat..baju kurung tu kami belikan last minit sbb baju nak tempah dah x sempat..jadinya kena jahit sikit labuhnya..tp x pe boleh pakai lama sikit kan..
Pagi raya lepas bermaaf-maafan kami buat sesi photography..bak kata adik ipar sy itu lah sesi photogtaphy yg memenatkan..hehe..mana tak nya kena alih kan kerusi lg..angkat pasu bunga..dgn kerenah sara nya..nak acah dia bagi gelak..dan hasil nya taraaaa..gambar saya,suami dan Qaisara..
Senyum-senyum selalu..
Sunday, August 24, 2014
Baby Qaisara Demam
Assalamualaikum semua..
Lamanye tak menulis kat blog ni..bukan tak de cerita..Cuma
susah nak dapat connection kat Gerik tu jadinya nak bercerita tu susah sikit..
So hari ni nak cerita pasal baby Qaisara. Alhamdulillah Sara
dah masuk 8 bulan 14 hari ni..Saya dan suami bersyukur sangat sebab diberi
kesempatan untuk melihat dan membesarkan anugerah dan amanah Allah ini. Sara
seorang anak yang baik. Tak banyak ragam kecuali kalau Sara tak sihat.
Baru-baru ni 2 hari sebelum genap Sara masuk 8 bulan
tiba-tiba Sara demam panas. Kebetulan masa tu kami sekeluarga beraya di kampung sebelah suami saya di Segamat. Saya start perasan Sara demam pukul 2 pagi. Masa
tu tiba-tiba Sara menangis kuat sampai semua orang bangun. Saya ingatkan dia
terjaga dari tidur. Saya susukan dia dan kemudian dia menangis sampailah my MIL
cakap masukkan dalam buaian. Masa buai tu la saya dapat rasakan tangan dan kaki
Sara panas. Mujurlah dalam beg Sara ada cool fever. Saya tampalkan cool fever
kat dahinya. Pagi tu Sara merengek2, mungkin dia rasa x selesa. Suhu badan masa tu 36.8… Tapi kami decide untuk bawa ke
klinik juga. Yela baby kalau demam bahaya tau kalau biarkan. Masa check di
klinik suhu Sara dah naik 37.5, then doc bagitahu yang Sara Cuma demam biasa
tapi in case Sara demam lebih 3 hari kena bawa ke klinik untuk ujian darah.
Masa tu saya risau sangat.
Sara jadi sensitive masa demam. Tapi Sara tetap aktif. Sara
masih mampu tersenyum dan ketawa. Cuma dia akan menangis bila dia batuk dan
selsemanya datang. Masa tu saya berdoa semoga Allah pindahkan sakit Sara pada
saya. Tak sampai hati nak tengok Sara demam. Sara sangat tak suka pada ubat.
Menangis-nangis tak nak makan ubat. Lagipun Sara kan baby lagi, tak sampai hati
sebenarnya nak bagi makan ubat ni.
Bila Sara rasa badan dia panas dia akan merengek. Masa tu
saya peluk Sara dan cakap Sara kena kuat ye sayang. Ibu janji akan jaga Sara.
Ibu sanggup ambil sakit Sara tu. Sampailah Sara tertidur. Saya sentiasa monitor
suhu badan Sara. Waktu tu suhunya turun naik tapi Alhamdulillah tak tinggi.
Cuma 36.2, 36.5..
Tapi selagi Sara tak sembuh sepenuhnya saya tetap risau.
Kami buat conclusion yang Sara demam mungkin sebab kepenatan jauh perjalnan
dari Gerik ke Segamat. Kita yang dewasa pun letih..inikan pula Sara yang masih
baby. Perbezaan yang saya nampak masa Sara demam ialah Sara akan menangis
dengan kuat kalau terjaga dari tidur. Kena pujuk lama baru dia akan tidur
balik. Kalau sihat Sara tak kan menangis macam tu. Then kalau bangun tidur dia
akan tersenyum tapi waktu tengah demam tu, dia merengek bila bangun tidur.
Malam kedua Sara demam waktu tu lebih kurang pukul 12 tengah
malam, Sara dah tidur pukul 9 camtu, tiba-tiba Sara menangis tak henti-henti.
Semua orang dah cuba pujuk tapi Sara tak diam juga. Akhirnya kami bawa ke
Hospital Tangkak. Sampai kat hospital Sara diam pula. Masa tu cek suhu still
36.0..akhirnya Sara tidur dengan lena malam tu selepas penat menangis.
Pagi tu
saya terlalu berharap Sara akan sihat seperti biasa, tetapi badan Sara masih
ada panas sikit. Walaupun Sara tersenyum pagi tu tapi Sara masih merengek
apabila selsema. Dan kami bergerak balik ke Gerik. Tiba-tiba saya rasa pening
kepala dan rasa nak muntah. Gerak je dari Muar saya terus terlelap. Mujur lah
Sara juga tidur. Sampai di Sungkai saya rasa dah tak larat sangat dan minta
Suami berhenti di mana-mana sebab dah nak termuntah sangat. Selepas tu masih
lagi rasa tak ok, saya hilang selera makan sehinggalah sampai di Gerik saya
masih lagi muntah-muntah.
Dalam hati saya berkata mungkin Allah nak pindahkan sakit
Sara pada saya. Saya terima. Malam tu saya dapat tidur dengan lena walaupun
pening kepala. Begitu juga dengan Sara. Dan Alhamdulillah pagi itu Sara bangun
dengan senyuman dan badannya juga dah tak panas.
Kami bawa juga ke klinik untuk
pengesahan doctor yang Sara sudah betul2 sihat. Dan doctor mengesahkan yang
Sara sudah baik.
Mungkin macam tu lah yang ibu-ibu kita rasa kan bila
anak-anak tak sihat. Rasa risau dan takut. Dan saya dah dapat rasakan semua tu.
Buat ibu-ibu semua, pastikan kita sentiasa dengan anak kita sewaktu anak kita
tak sihat.
Kat sini saya nak share ape yang saya buat masa anak saya
demam:
- Monitor suhu baby setiap 2 jam sampai suhu dia
dah turun.
- Bila panas lapkan sikit dengan tuala basah
- Tampal cool fever
- Jerlum badan dengan daun bunga raya (ramas daun
bunga raya sampai lender dia keluar)
- Mandikan dengan air daun bunga raya yang dirimas
tadi tu
- Bagi baby makan dan minum susu dan air masak
secukupnya supaya baby ada tenaga
- Sentiasa bersama baby dan bagi semangat dekat
dia.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)